CORETAN TERBARU NADH

Cinta dalam hati Part 6

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Mak jangan percaya," Rayu Hanan. Sedih melihat raut wajahnya maknya. Kudratnya masih kuat mempertahankan diri. Dia tak bersalah.

"Senyap. Mu buat malu kampung,  dop soh sampuk." Keras suara jantan.

"Pakcik-pakcik tenang dulu. Kami memang tak buat apa-apa. Kalau nak buat lama saya cari hotel," Bos bersuara. Geram melihat orang kampung yang suka menuduh melulu. Kalau dia nak apa-apakan Hanan baik dia buat kat Kuala Lumpur dulu.

Mereka terdiam. Masing-masing berfikir sejenak. Mereka membuat isyarat pelik. Hanan juga pelik melihatnya. Bos tersenyum. Taktik mudah berjaya.

"Hanan, pakcik percaya kat kamu bedua. Tapi ingat," Pak Abbas senyap seketika.

"Budak laki ni kena tinggal kat kampung kita selama sebulan. Ini denda," Pak Abbas serius. Yang lain mengangguk. Hanan tepuk dahi. 'Macam mana nasib bos. Dia tahu ke nak handle?'

"Boleh saja pakcik sekalian, saya rela asalkan nama Hanan di kampung ini bersih," Senyuman manis buat penduduk kampung. Lagipun misi di kampung masih boleh dilaksanakan.

"Bagus, kau tak boleh tinggal bersama Hanan. Tinggal saja di rumah aku," Kata Pak Abbas lagi. Bos tersenyum. Hanan semakin pelik. Sepertinya ada agenda tersembunyi. Baik bos atau Pak Abbas.

"Pak Cik tinggal sorang?"

"Tak dengan jin," Pak Abbas mengorak langkah. Semua pun bergerak. Hanya Hanan terkaku bersama Adli.

"Kamu berdua kenapa tercegat?" Pak Abbas menoleh. Cepat-cepat Hanan berpusing laju menghadap rumahnya. Selesai satu masalah.

xxxxx
"Kamu kenapa Hanan? Suka buat mak terkejut. Mak ingat kamu memang dah tak sayang kat mak dah," Hanan melutut sujud di kaki ibunya.

"Mak, takkan mak tak percaya? Itu bos Hanan. Dia balik sama. Kebetulan satu bas. Si Zul pun ada," Bersungguh dia menerangkan perkara sebenar. Mak Milah tersenyum mendengar nama Zulfadli.

"Mak percayalah kat orang," Tangisan mula menderu.

"Mak percaya. Mana Zul?" Mak Milah bertanya. Suka hati mendengar khabar Zulfadli. Hanan berkerut.

"Mak ni, Zul kat rumah dialah. Tapi mak, Hanan ada benda nak beritahu mak ni," Dikesat air matanya. Hanan menceritakan dari A hingga Z. Mula maknya langsung tak nak faham perkara sebenar. Tapi puas Hanan memujuk. Mengulangi penerangan barulah Mak Milah terduduk.

"Mak tak sangka. Anak mak pandai menipu sekarang," Mak Milah sayu.

"Mak orang tak nak bohong tapi mak fikirlah. Zulfadli nak kahwin dah. Tak ada harapan untuk orang lagi," Hatinya hancur menyebut nama kekasih hati yang tak jadi.

"Mak faham. Tapi kenapa kena gunakan nama bos tu? Dia tak kisah?" Pertanyaan seakan tak berpuas hati lagi.

"Dia tak kisah. Dia faham mak," Jawab Hanan ringkas. Dia bangun.

"Mak jomlah sambung tidur. Orang mengantuk," Dia melangkah ke biliknya yang sudah lama terbiar. Suara mak dari dapur membebel dibiarkan sepi. Memang tak baik tidur tapi dia masih mengantuk.

PART1
PART5
Aku tak ada idea nak update. Terimalah pendek je haha!
 Post by,
Miss Ran 

4 comments:

fRaMe+LenSeS said...

ehem2.. dah jumpa tempatnya., yayy,, nt jadi pengikut setia la ni. ;)

Cik Pulau said...

pendek ke ni???
ok la tu.. hehe..^^,

Naniey TJ said...

smelah kite...xdop idea la....hihihih

Halimatun Sa'adiah said...

da la menunggu smbgan cite neh....
teruskan idea miss ran..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers