CORETAN TERBARU NADH

Bukan aku tak suka cantik

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya bukan aku benci. Wanita cantik. Lelaki cantik. Erk ada? Bukan aku benci atau tak suka pada benda cantik. Serius kalau boleh aku nak jadi cantik. Nak kurus. Nak body cub melecun macam Rozita. Nak muka mulus comei lote macam Erra Fazira. Nak rambut cantik macam Fauziah Ghous. Nak tinggi lampai macam Nasha Aziz. Siapa tak suka jadi wanita cantik?

Cepat angkat tangan. Tapi aku tak cantik. Ya aku tahu. Tapi korang tengok kat mana perempuan cantik selalu ada? Kat Pub? Kat pentas tengah peraga body? Eh baju? Kenapa perempuan dijadikan alat untuk mencantikkan barangan? Melariskan jualan.

Perempuan cantik biasanya akan seksi. Yang tak cantik apa kurangnya. Aku suka kelihatan cantik. Ya aku sangat suka bila orang puji kecantikan tu. Aku suka kalau lelaki pandang dua kali. Aku suka tapi aku tak nak dah suka. Sebab?

Aku tak nak kumpul dosa. Aku tak nak body lawa sebab takut nanti aku akan pakai baju fit dan cantik untuk tayang segala aset. Bila orang pandang aku marah. Bila orang kutuk tuttt kecil, leper. Aku marah, Tapi aku yang tayangkan? Siapa paksa pakai baju sendat, sempit, semput?

Aku tak nak muka cantik. Nanti aku akan makeup lagi tebal dan tayang kat semua orang. Nanti aku riak. Nanti aku merangsang hormon kaum adam. Aku tak nak mereka masuk neraka sebab terpandang kecantikan wajah aku. Aku tak nak heret diri aku dan mereka ke neraka.

Aku mestilah suka kalau rambut cantik. Lurus. Panjang. Lebat. Macam iklan syampu tu. Kan cantik. Rasa geram je tengok rambut. Tu perempuan baru. Lelaki? Entah apa yang dia suka kan? Kita tak tahu nafsu dia mudah sangat terangsang. Kita kata dia gatal. Memang tak dinafikan dia memang gatal. Tapi semula jadi dilahirkan begitu. Kita gatal tayang siapa suruh? 

Kesimpulan aku tak nak kelihatan cantik takut aku lupa diri. Aku lupa agama. Aku lupa haram halal. Aku lupa dosa. Aku lupa akhirat sana menanti. Jangan tak jaga aurat wahai kaumku. Penting! Kamu mahukah menanggung dosa kelak? Menunggu masuk ke neraka? Aku dan kamu wahai wanita fikirkan bersama.

 Post by,
Miss Ran 

4 comments:

cik pulau said...

muhasabah diri..
tunduk sambil geleng kepala.. apa cik pulau dah buat.. errr..^^,

Tasha said...

YUP....KDNG2 BILA HODOH JADI CANTIK, DIA AKAN BANGGA DIRI DAN LUPA DARATAN. TAPI ADA JUGA YANG TAK BERUBAH. HEHEHEH...

aliarosli said...

ye saye tau

takut juga

bila dah cantik nanti riak

tapi kita pun boleh cantik dari dalaman

~Saya Buncit~ said...

saya pun sukakan kesederhanaan. bagi saya tidak sempurna tu adalah kesempurnaan. *merepek*

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers