CORETAN TERBARU NADH

Cinta dalam hati Part 5

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Jangan cepat-cepat sayang, kang jatuh," Usik Bos. Hanan terhenti.

"Bos jangan mengada boleh? Saya tak sangka," Hanan geram. Asyik merepek tak tentu pasal. Bos yang kononnya serius di pejabat sejak 9 bulan lalu.

"Mengada apanya? Si Zul tu yang mengada. Asyik tengok saya je. Tahulah saya handsome," Sengihannya membuatkan jantung Hanan berdebar. 'Kurasakan sesuatu'

"Bos jangan merepek boleh?" Hanan melangkah laju. Teksi dibolos dahulu. Bos terkial-kial mengejarnya.

"Selamat," Bos lega. 

"Pakcik, Kampung Kepong ya," Hanan laju. Dia ingin cepat sampai. Zulfadli di belakang ditoleh sekilas cuma. 'Selamat tinggal Zul'

"Awak tengok mamat tu kenapa?" Adli cemburu. Siapakah gerangan lelaki itu. Dia harus siasat.

"Bos ni, mana ada!" Menidakkan.

"Saya ni lelaki, saya tahu hati laki tu tengah membara. Lagi tengok awak ada tunang sekacak saya," Bangga diri lagi.

"Kalau macam tu bos boleh tolong?" Tanya Hanan laju.

"Saya sedia berkhidmat untuk tunang saya," Gelak kecil.

"Tolong senyap! Saya dah serabut nak terangkan kenapa bos ada balik dengan saya. Nak tinggal sama pulak," Hanan luahkan rasa hatinya.

"Ala kan saya dah cakap tadi. Saya yang akan terangkan. Lagipun saya ada misi datang ke negeri ni," Senyuman bermakna itu membuatkan Hanan makin pelik. Baginya lelaki sebelahnya penuh misteri. Ada hal yang belum lelaki itu kongsikan.
xxxxxx
"Mak oo Mak," Jerit Hanan. Lupalah dia hari belum subuh. 

"Hanan, awak ni. Orang boleh terjaga untuk dengar suara awak tu," Tegur Bos. Hanan termalu sendiri. Tapi kelibat emaknya tak kelihatan. Dari seminit beralih ke lima minit. Akhirnya keduanya tertidur di luar.

"Ya Allah apa nak jadi ni?" Seorang lelaki tua terkejut.

"Budak muda zaman sekarang," Seorang lagi mengomen.

"Baik pergi jumpa Pak Imam, kita laporkan," Cadang Pak Abbas jirannya Hanan. Dia kecewa melihat Hanan tidur berduaan dengan lelaki bukan muhrim di buaian. Malah kepala mereka berlaga antara satu sama lain. Perbuatan ini sungguh memalukan.

"Yang kamu berdua jagakan mereka. Jangan terlepas pulak," Arah Pak Abbas. Mukanya sungguh kecewa. Mana taknya, Hanan sejak kematian ayahnya, dialah tempat mengadu. Bagi Pak Abbas dialah anak perempuan tersayang. Tapi harapannya musnah sekelip mata.

xxxxx
"Milah, oh Milah," Jeritan Pak Abbas mengejutkan Hanan dan Adli. Mereka terpisat-pisat bangun. Keletihan menanti emaknya membuka pintu dari tadi.

"Eh pak Abbas, kenapa ramai-ramai ni?" Mak Milah keluar. Alangkah terkejutnya melihat seorang lelaki di sebelah anaknya. Mereka masih separa sedar.

"Hanan, ni siapa? Mana kau belajar berdua-duaan ni? Ya Allah aku tak ajar ni," Meracau sang emak. Hanan masih blur. Bos segera bangun.

"Makcik salah faham. Saya kawan anak makcik. Kebetulan kami sama naik bas. Tu saya ikut dia balik rumah dia ni," Sopan bos terang. Tapi riak muka emaknya dan orang kampung tak meyakinkan.

"Aku tak kira kau kenal ke tak kenal, kenapa tidur sini? Berdua-duaan pulak," Jerit Mak Milah. Hanan menangis. Sanggup mak tuduh anaknya.

"Aku nampak dengan mata aku sendiri Milah. Budak berdua ni melampau," Pak Usop pula menyambung. Saat itu kaki Hanan longlai. Dia rebah ke tanah. 'Apakah dugaan ini?'

ps:
Cerita ni tak dapat sambutan tapi bagi kawan saya cerita ini lagi real. Mungkin nama dalam cerita ni tak sepopular dalam cerita lagi satu. Korang nak baca karya aku ke nak baca sebab ada pelakon tu?

Bagi yang belum layan cerita best dari saya ni boleh klik bawah ni:
 Post by,
Miss Ran 

5 comments:

cik pulau said...

haaaa.. kan dah kena marah.. lalala~

muhamad hanif said...

ada part2 ke ?kena follow up nih..ahaha

sekamar rindu said...

salam...

suka watak bos tuu...:))

Woofer Storm said...

panjang gila entry..hheeeeee

Halimatun Sa'adiah said...

ce cite lg..
sy mmg folow cite neh taw

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers