CORETAN TERBARU NADH

Bekas cinta hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Oh ya, pakcik idea mana? Tak faham. Hehe

Ni persoalan biasa aku tengok kat FB. Ada page dah utarakan pasal ni.Aku cuma mengambil point. Bukan tiru bulat-bulat okeh. Cuma aku pun terfikir boleh ke kita kawan dengan bekas teman lelaki. Ada yang kata dia tak pernah bercinta.

Oh itu tak apa. Lain kesnya. Kalau korang, pakwe makwe lama tu korang nak buat kawan ke? Misal kata korang clash sebab ada lelaki lain. So, lama kelamaan dia pun lupa pasal tu. Tak kisah pun sebab dia pun ada pengganti. Kau nak kawan dengan dia ke?

Bagi aku hanya orang yang hatinya memang keras je boleh kawan. Sebab kebanyakannya memang tak lama kawan balik. Sebab takut hati terpujuk balik. Takut hati tak tetap. Dah ada tunang tapi teringat bekas teman lelaki.

Macam mana tu? Yang tunang kesian. Frust menonggeng. Kalau dah bersuami pun masih ingat bekas teman lelaki macam mana? Susah jugak kan? Jadi takkan nak putuskan hubungan silaturrahim hanya sebab cinta tak kesampaian?

Bagi aku, ikut hati. Kalau betul kau sayang orang baru, suami ke tunang. Sila setia. Kawan bekas teman lelaki biarlah berpada-pada. Cuba tengok Seth Tan. Bila sebut Eid bekas teman lelaki si isteri cemburu bukan main. Itu normal. Jadi bahagiakan rumahtangga dulu.

Kawan ke tak bergantung pada niat dan hati korang. Kalau aku, aku pilih. Kalau dia boleh menggatal. Mestilah aku tak nak kawan. Lagi-lagi takut timbul fitnah. Selamat beramal=) Tetiba aku rasa aku punya blog islamiah. Dulu merepek meraban. Kenapa?

4 comments:

wanita mutalib said...

sy tak kawan dgn x sy heee..

Sunah Sakura said...

adohhhh...lajunye update! tak terkejar! ahahaha~

Unknown said...

mane ade makwe..camne aku nak pikir..

fRaMe+LenSeS said...

waahhh ,.. betoi jugak tu. tapi penah jadi la. :) Nadh dlu. :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers