CORETAN TERBARU NADH

Ibu tolonglah...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Aku baca entry seorang blogger ni. Dia Cik Duyung aka Ca. Dia cerita pasal kalaulah bayi kecil boleh bersuara. Aku pun teringat widget aku. Tu tepi tu. Kenapa aku setia letak widget buang bayi tu? Sebab ramai ibu yang masih belum insaf.

Aku hairan. Bagaimana seorang ibu tegar membuang anaknya sendiri. 9bulan dalam perut tu. Apa ibu makan baby makan. Baby menendang. Kita cakap dengan dia. Takkan tak ada sekelumit rasa sayang? Serius aku pelik. Mana sikap perikemanusiaan ibu tu? Bukankah tinggi darjat ibu dari ayah.

Siapa yang kamu patut sayang? IBU, IBU, IBU, AYAH. See korang tak suka jadi ibu? Kenapa korang mengandung? Kenapa korang tak cegah? Kenapa korang biarkan kandungan tu sampai 9 bulan lamanya. Kenapa korang bagi harapan palsu kat bayi tu?

Sedih! Sikap seorang ibukah tu? Ibu kucing pun sayang anaknya. Inikan pula manusia. Yang diberikan akal untuk membezakan baik buruk. Dosa pahala. Tapi manusia. Leka. Sibuk dengan keseronokan. Mula-mula baca blog lucah, baca cerita-cerita lucah, tengok video 3gp lucah, tengok filem porno, beli CD kat pasar malam, layan dengan member. Lupa segalanya.

HAH MENGANDUNG? Siapa nak jawab? Kau takut orang tahu? Kau takut orang lain mengata? Kau senyap. Kau sorok kat tempat jauh dari family. Kau mengandung sorang-sorang sebab kau takut nak gugurkan? Kau takut kalau-kalau gugur lagi sakit? Kau bersalin dengan mudah. Kau biarkan bayi tak berdosa tu. Dalam lubang tandas? Tong sampah? Tepi parit? Dalam longkang? Kenapa begitu hinanya keturunan kau sehingga kau biarkan dia mati di tempat begitu?

Kenapa nak takut dengan cercaan orang? Kenapa tak takut dengan hukum Allah? Kenapa kau takut masyarakat pandang serong? Sedangkan tak takut Allah melihat apa yang kau buat? Tolonglah. Dosa dah banyak. Jangan tambah lagi. Kau lahirkan. Kau bagi dia kat orang kebajikan. Kau bagi kat orang-orang yang nak sangat anak tapi tak dapat-dapat. Tolonglah faham dosa yang kau telah lakukan. Tolonglah. Aku merayu!

4 comments:

Ca Ezah said...

wah~ ade entry susulan..bagus2..sedih kan wak..makin ramai baby kena buang..mati...kalo ditemui idop2 tu ok lagi..nie mati..kesian sangat...sedih la.. :(

nie link entry ca kalau ade yg nak bace yer..tumpang ping kat sini tau awak..maseh..

http://cikduyung.blogspot.com/2011/06/andai-si-kecil-mampu-bersuara-sebelum.html

Unknown said...

hurm2..ko dah wat novelog ek..tahniah2...aku baru je tau..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nak gelar apa pada mereka merka ni..nak gelar binatang tak buleh sebab binatang sayang anak

Not Specified said...

manusia dah lupa daratan, dorg ingat dorg kekal hidup di dunia ni. dorg x tau yg Allah akan tarik smuanya. hurm kecewa dgn sikap mereka =(

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers