Aku bukan nak mengajar ke apa. Disebabkan dah ada tanya. Kenalah jawab. Sebenarnya aku kemalangan. Bagi yang belum tahu ye. Kereta terbakar. Aku juga kena tempias apinya.
Sekarang yang masih belum pulih tangan kanan. Tangan dominan aku. Jadi aku kena cuci luka melepuh tu dengan cara pergi ke hospital dua kali seminggu. Bukan aku cuci sendiri.
Tangan masih berbalut. Sebarang ubat luar aku tak berani pakai lagi. Burn dressing memang wujud di klinik pakar SOPD. Setakat ni MA cuci guna kapas dan sterile water. Hari tu guna air garam. Tapi berjaya ditukar atas dasar simpati. Amat pedih ye.
Segala rawatan ni dah aku lalui sejak 27/8/2011 hingga kini. Walau dah banyak kali dicuci. Sakitnya belum lali. Sakit sangat. Bayangkan luka ditekan dan disentuh dengan kain kasar.
Tangan busuk sebab darah bercampur air daging dan ubat. Jadi tak dapat nak elak. Nak tak nak kena pergi cuci. Tak pernah rasa malas pun. Sebab yang bau aku. Yang kena pergi cuci aku. Yang menahan sakit aku jugak. Yang tanggung risiko infection jugak aku.
Tapi apa yang aku nak cakap, aku tak pernah salahkan takdir. Memang salah aku. Everything happen for a reason. Allah nak tunjuk kebesaranNya dan memberi peluang aku hidup buat kali kedua. Hargailah nyawa selagi ada.
Ps: Dia istimewa.
Published with Blogger-droid v1.7.4
10 comments:
go kak ngah go~
kak ngah koooooooaaaaaatttttt!
Allah tidak pilih org yg salah utk diuji..u're the choosen one my dear sis..terus bertahan!
iffah kuat! sabar ye...
moga iffah cepat sembuh!
cpt sembuh ek..
Tabah yea Iffah..nanti dah sihat, datang rumah pcm lagi yeaaa..huhu..
mmg pdih giler kalau gna air gram..
selepas guruh dan petir, pelangi pula timbul, siapa tahu kan? semoga tabah ifah...
i suka perenggan last...itu yang i nak dengar...(baca)
Nak pelangi
sabar ya iffah... just dressing 2 kali semiggu... :) deno dressing setiap hari sejak 10 tahun yg lalu kat tiub dialisis, kadang2 malas juga tapi utk kesihatan kita kena banyak sabar :)
Post a Comment