CORETAN TERBARU NADH

Pasrah

Aku pasrah dengan entry wordless tu. Memang tak ada gambar pun. Memang aku speechless. Pasrah je dengan entry kosong macam tu.

Apa yang korang tahu pasal pasrah? Aku rasa penat nak berusaha sampai masa aku rasa nak terduduk. Masa tu aku pasrah dengan ketentuan takdir. Bukan aku nak menyalahkan takdir cuma diri makin tak kuat.

Banyak perkara datang bertimpa. Sampai aku tak larat nak hadapi. Aku tak sanggup nak sahut cabaran tu. Aku pasrah dengan keadaan aku. Aku bukan harap belas kasihan semua. Aku tak mampu nak cakap aku seorang yang kuat.

Tak sanggup menipu diri sendiri mengatakan yang sebaliknya. Aku tak nak orang simpati. Aku tak nak orang ambil berat dalam keterpaksaan. Aku tak nak aku jadi bebanan orang. Aku tak nak jadi perhatian. Aku tak nak semua tu.

Iffah, jangan buat tu.
Iffah, kau duduk je, jangan mengada nak angkat barang.
Iffah, kau tak payah nak buat apa-apa.
Iffah, jangan tak duduk diam. Kang tangan berdarah lagi.
Iffah, duduk setempat je nanti kitorang terlanggar tangan kau pulak.

Iffah itu ini. Iffah jangan. Semua ditegah semua dilarang. Aku penat dilayan istimewa. Aku tak nak. Aku masih ada harga diri. Aku tak nak korang tengok aku lemah. Sebab bila dilayan begitu makin rendah rasa diri ini. Makin lemah kerna aku takkan mampu kuat sama seperti dulu.

Ps: Gurauan dia membuat aku terkesima.
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

K said...

kenapakah?

ct kektus said...

Sbarlah ye. :)

IMANSHAH said...

ramai yang sayang

Kalamhati said...

usap belakang meh..hmm

.........cP~ said...

semua orang terlalu concern.. sayang sangat la tu..

maszull said...

salam iffah...sabar la iffah masih ramai yg syg iffah sebenarnya...:)

aamalinaazman said...

kami syg kak ngaahhh!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers