CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman 14

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Nyummi. Aku buat minggu lepas. Baru ada gambar nak menunjuk kat semua hehe. Cabar si MAT GEBU? Tak sanggup. Sifu tu. Hehe sifu dalam diam. Dulu aku pernah try resepi kek coklat kukus dia. Hehe curi ke ambil eh? Entah. Jadi aku nak cerita pasal kek coklat jugak. Tapi bukan resepi keknya tapi resepi topping. Tak tahu? Topping tu yang letak atas kek. Biar dia lebih menggiurkan bila dimakan. Lambab gila aku cakap korang. I swear manis. Haha aku sendiri manis dah. Ops puji diri. Dah masuk bab masak. Pakai apron murid-murid. Kotor baju anda nanti. Sebab ada je yang nak jilat topping ni nanti.

Bahan:
Serbuk koko satu cawan
Gula setengah cawan
Minyak suku cawan
Susu setengah cawan

(Semua bahan boleh diubah kuantitinya ikut anda. Sebab aku main campak je dalam periuk. Jadi rasa manis ok lah tu)

Cara:
Campak semua dalam periuk.
Letak air kat periuk lain. Didihkan.
Letakkan si periuk yang ada campuran atas dia.
Teknik ini dipanggil double boiler.
Kemudian kacau sampai adunan sebati.
Masak lebih kurang lima belas minit. Kang koko tak masak pulak.
Sejukkan.
Kemudian barulah tuang atas kek.
Rupanya macam kat bawah ni.
Nyummi! Taburkan benda warna warni. Suka kanak-kanak tengok.

 Post by,
Miss Ran 

6 comments:

Solihin Zubir said...

amboiii.. nak lawan mat gebu eh.. heheh..

Unknown said...

hehe takde la..mat gbu always num 1

Nizam said...

amboi..sedapnyer...
baik kasi nizam satu...

Unknown said...

erk yang ske coklat dapla..huhu meh dtg sni

Sunah Sakura said...

perghhhhhhhhhhhh!!! jeles sungguh!

Unknown said...

erk patot i jeles ngn u sbb ley makan mskan sifu..jmpe ehem2

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers