CORETAN TERBARU NADH

Exora grrr

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bila tengok tajuk korang mesti faham kan. Aku bengang dengan sikap manusia yang pentingkan diri masa di jalanraya. Selamat aku tak kata bukan-bukan. Accident karang aku pulak salah sebab doakan. Selamar.

Mana tak geram duduk lane paling kanan. Bawak cukup-cukup makan je. Bila aku cucuk dari belakang dia buat tak tahu je. Okey fine. Kau kereta family. Aku faham. Aku terus ke lane tengah. Bawak macam biasa. Kira setara dengan kereta dialah. Sekali ada kereta lagi besar cucuk-cucuk dia dari belakang.

Boleh pulak dengan selamba himpit kereta aku tanpa rasa bersalah. Dia himpit tak bagi signal. Aku nak tak nak elak tepi. Mula aku malas nak kasi can. Tapi takut terseret pulak. Aku ketepi sikit. Still dalam lane tengah. Kira 2 lane tu tiga kereta. Kereta besar laju berlalu pergi dengan memotong.

Yang aku hairan kenapa tak boleh fikir guna akal? Kereta besar dah. Otak kecil ke? Dah tahu orang nak memotong cepat-cepat masuk lane sebelah. Dah tau kereta aku ada kat tengah pecutlah bagi laju sikit dari kereta aku lepas tu masuklah lane tengah. Tak ada siapa marah.

Kau tak belajar undang-undang jalan raya ke? Ke lesen terbang je? Sengal. Kalau ada kereta lain kat tepi aku tak tau apa jadi kat aku. Roti burger gamaknya. Tolonglah ikut undang-undang. Pentingkan diri buat apa. Bukan jalan tu kau sorang. Fikirlah! Selamat tak jadi apa-apa tadi. Kalau aku mati accident tadi, ingat kau yang bertanggungjawab, even tak ada bukti nak salahkan kau. Allah nampak!

Pemanduan biarlah berhemah. Guna akal. Jangan pentingkan diri. Aku amatur pun tahu apa yang patut aku buat kat jalan. Jangan sebab aku perempuan kau boleh senang-senang tunjuk samseng!

3 comments:

Sunah Sakura said...

hurm...manusia, manusia...ce baca entry luasnya jalan vs sempitnya hati...

http://kembarasanghamba.com/?p=1808

aliarosli said...

ek? emmmmmmmmmmmmmm, nak menunjuk kot

kalau kite cam ne ek? dah le P lagi

Tasha said...

I rasa dia dapat lesen terbang kot~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers