CORETAN TERBARU NADH

Seronok ke ada pakwe?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tanya untuk yang ada pakwe je. Seronok ke? Aku peliklah. Orang lain ada pakwe jugak tapi tak adalah show of. Kehulur hilir cerita pasal pakwe. Gebang sangat bercerita. Bangga betul ada pakwe ye? Aku tak kata aku tak ada seseorang. Kang ada kata aku hipokrit pulak.

Cuma aku hairan apa yang best ada pakwe. Aku rasa biasa je. Mungkin kalau ada pakwe rasa dihargai. Er kawan-kawan tak hargai kau eh? Mungkin pakwe memanhami dia. Yeke memahami? Malam asyik gayut lepas tu gaduh? Apa cerita tu?

Benda yang biasa wanita akan lakukan kalau ada pakwe:

Topup
Dengan banyak sekali. Nak gayut. Nak mesej 24jam. Nak macam-macam lagilah. Dulu aku ya, sekarang dah rasa ia membazir.

Make up
Ya makeup. Tak dinafikan ada yang tak suka makeup. Tapi mesti nak kelihatan cantik. Lainlah pakwe kau tu memang dari kau kecil dia tengok hingus meleleh. Tak kisahlah kan. Kalau makeup biasa tak apa jugak. Ni tebal nak mampus. Putih melepak. Pakwe tu tak hensem pun. Yang beria sangat kenapa?

Baju
Ya ni aku sokong sangat. Haha nak dating kenalah beli baju banyak. Ni baju dah pakai. Ni dia kata tak lawa. Ni tak seksi. Dia kata pakai balut nangka lagi mengancam. Tapi pakwe tak ada duit nak belikan. Haha funny right. Lelaki tak guna betul. Memang diorang suka yang cantik. Yang seksi. Jangan tipu ye. Nafsu ada mengatakan ya. Tapi yang membelinya perempuan. Lepas tu mulalah kata perempuan kuat shopping. Macam-macam.

Nangis
Ni babak paling anoyying dalam adegan percintaan. Gaduh nangis. Kena mara nangis. Kena tinggal nangis. Lepas tu ada buaya datang tolong rescue. Akhirnya hilang nangis. Dapat pakwe buaya. Seterusnya pun begitu. Apa-apa jelah.

Panggilan
Oh aku paling tak suka. Bila gayut kalau perlahan tak apa. Ni kuat. Satu rumah boleh dengar. Dulu aku pernah macam tu. Itu dulu. Sekarang dah rasa annoying. abang, manja, sayang, baby, bi, darling. Kelakar bila ingat balik zaman kebodohan aku. Aku malu okey.

Kesimpulan, tak payah nak bercinta bagai nak rak kalau esok lusa putus jugak. Tak payah nak beriya bercerita sebab orang lain ada pakwe jugak. Senyap sudah. Coupe itu haram tapi kenapa ramai buat termasuk aku? Yang haram lagi dikejar yang halal dibiar sepi. Muhasabah diri kita. Kita ni cukup sempurna kah cinta kepada Allah? Sebelum kita cinta kepada manusia.

Post by,
Miss Ran 

7 comments:

Nurul Syifa Aini said...

stuju..!! sy dlu mcm tu gak..abis dlm fb boh gmbr si dya..dlm blog..tp skunk smua x uat dh.. ada jdoh ada la..x da dh nak nagis2 bagai neh..huhu :)

Dayana Z said...

kesimpulannya, klu ad tu senyap2 suda, ta payah nk tunjuk2 kat org , declare2 sgt. kan? haha :D

with love,
Dayana AZ
www.herstoriie.com

PReDicToR said...

ye cinta kpdnya kerana Allah...

cikgu fiQ said...

sonok2,hahah!
juz BW here...sudi2 la foLLOw bLOg sy ye?
http://simpleasfiq.blogspot.com/

Anonymous said...

kak,cinta pada Allah lebih segalanya. :)

Sunah Sakura said...

err..saya takde pakwe..

Along Usop said...

tu dah tahap obses dah tu... isk.. =.=

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers