ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa yang korang faham dengan berbakti? Pergi rujuk kamus dewan okey. Jangan mengeluh pulak. Bila cakap berbakti. Dari lahir lagi dah dengar. Berbakti kepada negara, nusa, bangsa.
Sekarang cuba fikir balik banyak mana bakti ko pada negara? Asyik mengutuk pemain negara bila kalah sukan. Asyik kutuk menteri yang tak bersalah. Ada je tak kena. Tapi korang tu? Dah berkhidmat ke? Kalau setakat PLKN tak payahlah. Sebab kalau benda tu tak wujud tak ramai nak berkhidmat.
Semua kerjaya dalam dunia ni semua menyumbang bakti. Tapi korang kerja pun tak berapa ikhlas nak berbakti apanya. Tu negara. Ni negara. Kalau susah sangat nak berbakti. Berbaktilah pada ibu ayah korang. Tak banyak pun sikit. Yalah siapa lagi nak berbakti pada ibu ayah korang melainkan korang.
Berbakti amalan mulia okey. Tapi jangan sibuk berbakti kepada orang yang belum ada ikatan yang sah. Ni semua untuk dia. Dia nak driver hantar pergi balik kerja. Korang pun sibuk nak berbakti kat dia. Bila putus mulalah nak mengungkit. Dulu I buat semua untuk you. Apa yang tak cukup pada I?
Kesimpulan, berbakti pada yang utama dulu. Berbakti kepada negara, keluarga, saudara seagama, kawan-kawan yang memerlukan. Okey?
PS: Aku anak yang baik. Poyo! Jom makan semua=)
6 comments:
ai like.. ahahahaa
ehehe..berbakti pada ibu bapa sementara umur masih tersisa
berbakti kepada
Agama
Bangsa
Negara
Ibu Bapa dan
Keluarga
hehehehee..
berbakti pada semua...
berbakti pada yg menabur budi :p
berbaktilah..dan jangan sampai termakan budi sehingga tergadai body..lalala~
peace~
Post a Comment