CORETAN TERBARU NADH

Cinta tak kenal siapa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Maaflah aku yang bernama Iffah terpaksa menaip entry cinta lagi. Bukan apa. Jiran ada cadangkan tengok satu blog ni. Bagus. Entry first. Aku baca. Menarik. Sebab bentuk dialog. Aku baca sampai habis.

Apa yang penulis nak sampaikan pasal pilih pasangan yang berlatar belakang sama. Misal kata aku akan jadi cikgu kan jadi aku lebih cenderung untuk kahwin dengan cikgu. Bagi aku cinta tak kenal siapa. Siapa pun tak jangka apa yang Allah rancangkan.

Soal jodoh memang tak boleh pertikaikan. Cuma aku terfikir. Kenapa kena sama background? Alasan si penulis sebab nak borak benda sama. Tak adalah partner bosan. Kepada penulis aku nak sampaikan pendapat je. Jangan ada terasa pulak. Aku tak berapa setuju.

Kenapa? Ibu ayah aku seorang cikgu, kakak aku dan abang ipar seorang doktor, kakak aku lagi satu belajar biotech dan suaminya belajar kimia. Dua-dua sains. Adik aku dengan tunangnya pun bakal doktor. Jadi aku terbelenggu dengan kelompok yang kahwin dengan latar belakang pendidikan serupa.

Aku cuma tak rasa persamaan background seperti pendidikan atau tempat tinggal menjadi pilihan. Sebab apa?

1. Balik kerja cerita benda sama sebab dua-dua kerjayanya sama.
2. Dua-dua busy. Kalau doktor lagilah. Seorang oncall, sorang duduk rumah.
3. Kalau ilmu lebih kurang sama, perkongsian tu terbatas.
4. Hari-hari cerita benda sama sampai anak bosan.
5. Hidup tak berkembang sebab terlalu mementingkan kerjaya yang satu je. Nanti anak pun kerjaya sama dengan ibu bapa.
6. Ilmu agama sama sebab masing-masing pergi usrah sama. Kenal tempat yang sama. Jadi perkongsian terbatas. Nak cerita ni si isteri dah tahu.

Aku rasa kalau berbeza pendapat dan pengalaman lebih baik. Macam-macam dapat kongsikan. Lagipun kalau asyik pentingkan pendidikan setaraf macam mana yang tak berpeluang belajar tinggi? Kalau dah taraf pendidikan lebih kurang sama nanti mudah si isteri besar kepala.

Aku bagi contoh: "Awak jangan nak paksa saya buat kerja rumah sorang-sorang. Saya cikgu jugak. Saya ada degree sama macam awak," 

Nampak? Aku ada pengalaman bab ni. Jadi aku berharap jodoh aku bukan sama macam aku. Biarlah ada perbezaan. Kalau asyik sama je tak ke bosan? Aku rasa saling melengkapi adalah terbaik! Aku kurang ilmu agama, dia boleh ajarkan. Aku arif memasak dia belajar dari aku=) Tapi kalau dah jodoh, terima dengan redha jelah. Takkan aku nak tolak takdir kan? Pendapat korang?

3 comments:

JIJI YU said...

dah tu kalo le due2 pendidikan tapi laen bidang..

Sunah Mohammad said...

berbeza itu lagi unik!

wawa meiko said...

Suka entry ini :)
Sokong kerjaya tak semestinya kena sama sbb nanti bosan . Dah tentu2 kita kawen dgn dia so lama lagi perjalanan hidup bersama . Hari2 cter benda sama lama2 naik lemak . Hee .
Pengisian yang sungguh padat dan pemikiran yang sungguh matang !

thumbs up .

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers