CORETAN TERBARU NADH

Siapa Ben Ashaari?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Siapa? Korang mesti cakap blogger terkenal. Aku angguk je. Aku bukan nak buat entry mengampu. Aku cuma nak kenalkan korang Ben Ashaari. Bagi aku dia adalah blogger. Hebat. Kenapa? Sebab makin ramai kutuk dia makin ramai orang baca blog dia. 

Kau kutuk pun kau dapat apa kan? Jeles badan dia ketak-ketak? Sila pergi gim. Jeles dia suka bersegmen? Silalah buat segmen tengok laku ke tak segmen tu. Jeles sebab dia berjaya menghasilkan blogger yang dari tak ada apa-apa hingga menjadi bualan orang ramai.

Orang-orang begini selalu mengkritik sehingga tak sedar yang dikritik lebih hebat darinya. Hebat apa? Hebat sebab dapat menawan ramai pembaca. Dapat buat vlog dengan 1tube? Kau kisah apa? Bukan suka-suka buat vlog tu. Promot blog Ben Ashaari dan promot web 1 tube. Win win situation. Apa masalahnya?

Kenapa aku nak menangkan sangat blogger ni?

Jawapan aku senang je. Dia berjaya membuat segmen yang boleh mengeratkan silaturrahim antara blogger. Tak percaya? Tu Sunah Mohammad. Dulu mana aku kenal dia. Sejak masuk segmen. Dari situ kami mula berbalas komen. Sekarang kita kawan. Kan Sunah? Ramai lagi.

Jawapan kedua dia suka promot blogger yang berbakat. Contoh paling dekat, Jiji. Kenal seorang cikgu ni. Eh aku kenal dia melalui bro ben ni. Aku ingat lagi masa tu entry pak cik Jiji pasal berus gigi. Tergelak aku baca. Sampai sekarang aku masih baca entry dia. Nampak merapu tapi berisi. Banyak lagi yang berbakat yang bro ben promosikan. Bukan sebab mengampu.

Jawapan ketiga dia tak lokek ilmu. Punya banyak ilmu dia share. Tengok blogger yang naik sekarang. Cakaplah apa korang nak cakap. Aku mengikuti blog bro ben. Aku baca setiap entrinya. Aku dah jumpa orangnya. Aku tak rasa dia seteruk yang korang canangkan.

Jadi berhentilah dengki dengan dia. Berhentilah mengukur salah orang sebab kau tak kenal dia sepenuhnya. Kau buat blog, kau popularkan blog kau. Kau tak ganggu hidup sesiapa. Kau aman. Dosa pun kurang. Jangan salah guna bakat yang Allah bagi untuk mencanangkan keburukan orang. Insaflah. 

ps: Aku tulis bukan untuk mengampu. Ini kenyataan. Mata aku makin sakit melihat kata-kata sinis yang memang menunjukkan kritikan yang berat sebelah!

6 comments:

Unknown said...

aku cakap ko sengal kat n3 aku takper kan..muehehhee..kasi havoc le sikit..

Cik Pulau said...

aikk... sape kutuk abg ben ni??
meh nak selam dalam sungai kat depan umah cik pulau ni.. lalala~

mas saari said...

kita kenal ben ashaari...kenal sangat! hehehehe...

mira ellyna said...

abg ben nie mmg femes dari dulu2 lagi hehe

Sunah Sakura said...

aha..kalo tak jumpa lagi, memang akan cakap macam2.. kalo dengki, memang akan kutuk macam2..

dan about jiji, ekceli nak wat satu entri khas pasal dia.. ade sesuatu yang i rasa... tetttt~ nanti i wat entri.. hehehe...

MerLe said...

hi~ sma la kita.. sy pn pismp prasekolah jgk =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers