CORETAN TERBARU NADH

Hikayat cinta umpama novel

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kalau ada perasan. Tajuk ni ialah dari status FB aku. Sebab mood berbicara tentang cinta semalam. Seronok. Rasa macam baca novel. Sebab tu aku lebih suka novel dari lakonan.

Entri yang ini adalah rentetan entri wordless Wednesday tu. Semalam lagi aku buat. Baiki saiz gambar. Tu pun senget menget. Tapi maksud sampai kan? Tak kisahlah gambar banyak pun. Aku nak tunjuk kat korang rentetan percintaan yang indah tanpa maksiat.

Tu ada motif tu. Bukan entri sampah okey. Walau tanpa kata. Orang boleh tafsirkan. Cukup indah. Aku suka. Harap aku dapat bercinta cara macam ni. Sweet walaupun tak seromantik Seth Tan. Tapi dia setia, sayang kita, hargai, boleh pimpin ke arah kebaikan. Kan seronok?

Jangan leka sangat dengan khayalan. Tu hanya khayalan. Contohilah sikap Rasulallah S.A.W. apabila baginda melayan isterinya. So sweet. Jangan romantik pada bunga je. Ringankan tangan tolong isteri kan baik? Kalau boleh aku nak jodoh aku macam ayah. 

Selalu betulkan paip, berkebun, betulkan lampu, belikan lauk kat pasar, kemas rumah. Satu je kurangnya cerewet bab makan. Tapi kan korang ada ke manusia sempurna? Takkan? Jadi kita jangan impikan sesuatu yang tak masuk dek akal.

Kembali ke realiti. Walau kenal kat alam maya. Kita nikah kahwin pun realiti kan? Semua berkisar tentang realiti. Jangan lupa hakikat tu=)

Oh ya aku tinggalkan korang dengan kata-kata ni. Walaupun biasa dengar tapi inilah pengertian yang bermakna.

"Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah, andai diri tidak semulia Rasulullah S.A.W. Tidak perlu isteri secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf, seandai kasih tak setulus Zulaikha ..."

3 comments:

mas saari said...

akak dah dapat cinta yg sejati itu..

fRaMe+LenSeS said...

dalam betul maksud tu.. :)

cik gege said...

realiti cinta tak seindah fantasi...=)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers