CORETAN TERBARU NADH

Kalau dah jodoh

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku kembali menaip dengan pantas tanpa ada typo. Haha gedik gila. Laju mestilah typo. Aku tergerak hati lagi nak berbicara soal jodoh dan cinta. Ni entry berlanjutan dengan entri cinta tak kenal siapa. Dalam tu aku menyatakan pendapat.

Tapi kita kan beragama Islam. Mesti percaya qada dan qadar. Bagi aku kalau dah tertulis dia jodoh aku. Aku terima. Walau macam mana aku cintakan orang lain ke apa. Sebab kita ni hanya merancang. Sebab tu banyak novel ada kahwin paksa.

Semua tu jodoh. Kalau korang rasa tu hanya khayalan, silakan. Aku tak marah. Tapi kisah ni memang betul-betul wujud. Bukan sekali aku dengar. Banyak kali. Soalnya bukan wang. Soalnya bukan cinta. Soal jodoh. Bila kita dah memang jodoh dia. Kita lari mana pun tetap tu jodoh kita.

Tapi ramai sangat cinta sampai mati. Sampai tak sanggup nak solat Istikharah sebab tak berani terima hakikat. Allah dah rancang sempurna kita punya perjalanan hidup. Kita suka atau tak kita kena terima. Walaupun ada yang kata hidup ni suatu pilihan.

Aku tak nafikan. Tapi kalau pilihan yang kita buat tak diredhai Allah takkan terjadi jugak kan? Ada pula yang cakap jodoh tu ada tak lari mana. Memanglah tapi kena usaha dapatkannya. Takkan nak harap takdir. Alah kan setiap orang ada takdir. Kita tunggu je takdir tu tentukan.

Susahlah macam ni. Kita kena usaha. Apapun yang kita buat. Walaupun Allah yang tentukan nak bagi ke tak tapi kita dah usaha kan? Jangan nak mengumpat anak dara tua. Kalau benar dia tak kahwin sebab memang jodoh dia menanti di syurga macam mana?

Kadang kita ni lupa yang berkuasa ialah Allah S.W.T yang punya rencana. Tapi jangan asyik salahkan takdir. Aku sekeh nak? Apa yang aku cakap tadilah. Kalau memang dia jodoh kau, pergi manapun dia tetap akan menjadi soulmate kau. Jangan risau orang nak kata apa.

ps: Kadang bila fikir balik ramai sangat pentingkan darjat, taraf pendidikan, kewangan, harta benda, rupa dengan sikap. Nak romantik macam Seth Tan je tapi kita ni sempurnakah untuk dapat seperti itu? Renungkan=)

5 comments:

Belog MTT said...

Dear ! jom join segmen..

http://www.lailyqaisyirah.com/2011/06/segmen-dia-selalu-support-blogger-baru.html

Sunah Mohammad said...

pesan ustaz dan ustazah, solat istikharah tu biarlah masa hati belum berat kepada sesiapa...

fRaMe+LenSeS said...

Speechless hari ni.. :)

aDisH.sHidA said...

SUNAH DAH WAT SOLAT ISTIKHARAH ERK....HEHE...

IFFAH AKAK SUKA ENTRY INI LIKE 100X

mira ellyna said...

kalau dah solat istiharoh tp kita tak suka lame2 leh jadi suka ape kate dah jodoh an..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers