CORETAN TERBARU NADH

Pagi yang panjang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Panjang sangat. 4.50 agi bangun terus pergi KLIA. Gelap. Masa jalan Putrajaya tu lengang. Sampai dekat area nak masuk KLIA dah ada kereta. Yang peliknya kenapa lampu jalan kat tempat tu tak ada. Dari KLIA ada aku rasa.

Tolonglah buat sesuatu. Nak guna lampu tinggi orang depan silau macam mana. Sabar jelah. Selekoh pulak. Aku bawak dengan tekun hari ni sebab co driver membebel kalau laju. Tak faham aku. Aku selama ni bawak 140KM/J ke Melaka tak ada orang bising pulak.

Jadi kami sampai KLIA, ibu ayah belum keluar lagi. Dia tunggu beg. Lama jugak duduk tepi tu. Ingat dah nak kena halau dah. Mujur pagi buta kan? Ibu aku pun jalan ke kereta dia cakap kuat-kuat. 
"Wah beraninya bawak Camry," Aku dan adik aku malu dengan ibu sendiri. Time tu jelah. Aku tengok ayah makin tua pulak. Mungkin uban.

Tapi masing-masing gembira bercerita tentang Turkey. Oh untuk pengetahuan ibu ayah aku bercuti ke Turkey. Persatuan apa entah support separuh belanja. Kaya weh persatuan tu. Mahal tambangnya. Kota Islam kan. Cantik je barang-barang seramik dia. PCM mesti suka tekonya. Memang cantik.

Oh lepas tu kami ke kedai makan. Aku dengan adik nasi lemak. Ibu nasi kerabu, Ayah nasi berlauk. Ayah aku memang tak makan budu. Jadi memang tu jelah makanannya. Then kitorang sampai rumah geledah barang. Kacang ada, teh pelik ada, kismis, buah tin, teko seramik yang cantik, baju 2 helai sorang. Pashmina. Gembira you shopping.

5 Lira sama dengan RM10. Mahal okeh. Masa turkey 6 jam lewat. Jadi sesiapa nak melawat Turkey, pergi Istanbul sebab ada kesan sejarah Islam=) 

3 comments:

fRaMe+LenSeS said...

abeh la. hari ni jiran bz. ibu da balik kan? (cover balik rdu kat ibu ng ayah dia la tu.. ) lalalalalalal~~

Eera Shera said...

salam.mcm mana nk buang content warning tu?

Eera Shera said...

ok dah tukar...smlm x perasaan kat setting tuh =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers