ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bosan sudah bercerita pasal gajet. Aku tak minat semua tu. Tu bukan aku. Aku cuma nak ajak korang berfikir. Berfikir tentang sekeliling. Yalah, kita ni bila duduk suka tengok ragam orang lalu lalang. Kalau korang tak buat tak tahulah kan.
Tapi ada segelintir orang yang suka menyendeng bila senang. Yalah, bila kawan ada duit laju je berkepit. Serius ada. Kira tumpang kemewahan. Bukan tak ada. Cuma mungkin masih tak perasan. Bila dia miskin. Kita cari kawan lain.
Kadang aku fikir. Kesian kan? Persahabatan berasaskan duit semata. Bila kau tak suka kau boleh kutuk-kutuk dia. Bila kau susah dia jugak kau cari. Aku peliklah. Kenapa tak setia je dengan orang sama. Adakah sebab dia menjengkelkan dan kau pun tinggalkan dia.
Bila kau dah sengkek. Tak ada orang nak pinjamkan duit baru kau datang menagih simpati. Bila kau senang kau lupa. Aku bukan cerita pasal aku. Aku pun bukan kaya. Aku pun tak berduit. Aku cuma memerhati. Suka memandang gelagat manusia yang pentingkan diri.
Kau sedih dengan perangai dia. Kau jauhkan diri. Bila kau rasa kau nak kawan dengan dia balik kau datang kawan. Kau ingat dia tu boneka? Aku rasa kawan macam ni tak layak panggil sahabat. Ikut kepala dia je. Macam mana orang nak layan kau macam sahabat kalau kau pun tak layan macam tu.
Aku tak suka memilih kawan. Tapi bila aku dah bersahabat biarlah sampai mati. Sakit hati macam mana pun aku tahan. Sebab aku yakin dialah sahabat aku dunia akhirat. Jahat mana pun dia bukan kita yang jatuhkan hukum. Tak ada hak pun=)
10 comments:
nadh tak macam tu kan? weeee~~
Jahat mana pun dia bukan kita yang jatuhkan hukum. Tak ada hak pun=)
*setuju tapi kita masih ada hak untuk mengelak dari terus menjadi mangsa kejahatan kan. . . :) berlaku adil lah pada hak itu. . .
bukan senang nak dapt sahbat.
orang yang menegur kesilapan kita, itulah sahabat sebenarnya... yang memuji kita walaupun kita silap, itu musuh kita sebenarnya!
nad sokong ckp kak sunah..hehehe
setuju dengan kak sunah.
lagi satu, orang camtu berkawan kerana kepentingan diri.
tak kisah orang lain.
sahabat waktu susah memang sukar dicari...huhuhu
setuju sangat..
mmg dah slalu kene ngan org cam tuh..
tp nk wt canoo..
lembut hati..
hahhaha
sila2:
cute accessories promotion price from RM 5
tiny sprinkles.
huuu..saya suke sgt topik ni sebab saya dah mengalami keadaan yg dtinggalkan dan dpergunakan itu,.,huk3..sgt sedey dan pelik dgn sikap org begitu..
kwn susah senang..
sukar di cari..
Post a Comment