ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bukan sengaja nak mencari publisiti. Cuma aku terpanggil nak berkongsi betapa teruknya kita. Kita manusia. Ya kita semua. Aku juga termasuk. Kita selalu nampak salah orang kan? Contoh situasi:
"Eh kau tahu, C tak pandai jaga anak. Tu yang anak dia bunting anak siapa entah," A berkata.
"Yeke? Patutlah besar je budak tu aku tengok," B sambung.
"Iya, aku dengar dari mulut orang jugak ni. Tak sangka kan. Mak tudung punya labuh. Tapi didik anak tak pandai. Buat malu kampung je," A tokok tambah.
"Iya si C pun satu. Sibuk sangat nak kejar ilmu kat surau. Anak menyundal tak sedar," B berbisik.
"Itulah gamaknya. Susah kalau mak pentingkan diri. Dia je nak masuk syurga lagaknya,"
"Assalamualaikum mak cik. Ni nak tanya sedap ke mengumpat mak saya tu?" Anak si C menyampuk.
"Er mana ada kami mengumpat. Kami cakap benda betul. Tak ada angin masakan pokok boleh goyang anak si C oi," A mengumpan.
"Makcik-makcik sudah-sudahlah bergosip. Dosa tahu mengumpat orang ni. Lagi satu mana makcik dengar saya bunting. Ni nampak ni. Perut leper je. Tulah lain kali siasat dulu. Jangan pakai percaya kata orang bulat-bulat. Makcik bukan saja mengumpat saya dan mak tapi makcik menfitnah saya dan mak. Besar dosa makcik tu. Beringatlah ajal maut di tangan Tuhan. Baik makcik bertaubat dulu. Assalamualaikum," Anak C terus berlalu. Kesal dengan sikap masyarakat setempat.
Nampak? Apa yang aku nak tunjukkan. Kita sibuk kira dosa orang. Sampai lupa yang kita lagi banyak dosanya. Jadi segeralah bertaubat. Jangan nak menghentam orang. Biarlah mereka diadili oleh Tuhan. Kenapa kita nak timbang salah orang. Salah kita? Suruh orang lain timbang?
Jangan kerana mulut badan binasa. Terlajak perahu memang boleh undur tapi kata? Aku kan dah share pasal kata-kata yang bisa membunuh semalam. Jadi awas dengan kata-kata kita. Hanya dengan kata-kata kita boleh mengundang dosa. Muhasabah jom!
2 comments:
jom muhasabah jom...
dunia sekarang macam ni lah... bab2 dosa senang je nak buat
Post a Comment