CORETAN TERBARU NADH

Sotong Sumbat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cikgu Jiji siap tinggal pesan mendalam tadi. Mana ada tercongok depan TV. Entry tadi dipublish sebelum azan. Siapa belum solat? Angkat kaki mengaku cepat.

Tapi sebab dia mula memasak dan berjaya membuatkan aku terliur. Lama ibu tak masak. Aku pun tak pernah masak ketupat sotong aka sotong sumbat. Sotong sumbat yang manis memang oghe kelate punya style. Aku kan berdarah kelantan. Ada yang tak boleh terima sebab sotong manis. Aku telan je. Janji sedap.

Terengganu pulak ada jugak. Tapi namanya ketupat sotong. Yang ni memang aku ada pengalaman buat. Masa belajar kat sekolah dulu. Soalan percubaan SPM aku. Buat nasi dagang terengganu, ketupat sotong, jus tembikai, tongkol gulai. 

Lama dah tinggal sekolah. Serius rindu. Hehe tapi ketupat sotong ni guna halia, serai dan halba. Halba ni sejenis rempah. Macam batu-batu kecil rupanya. Kalau orang pantai timur memang popular dengan halba. Sini aku tak dengar pulak. Kesimpulan dua-dua jenis sotong sedap.

Dua-dua aku suka. Kadang bergaduh nak sotong lebih. Berebut kuah. Manis kan? Siapa yang nak resepi boleh ambil sini. Pak Cik Jiji penat share=)

Aku nak share gambar je. Sotong aku besar punya. Kami memang tak suka masak sotong. Jadi satu-satunya resepi yang membuatkan kami makan sotong. Nilah dia. Nyummi!
Rupa tak menyelerakan tapi sedap!
Sedap betul. Baru aku makan tadi. Nak dijadikan cerita sotong yang ada 3 ketul je. Besar. Kuah sengaja bagi banyak. Jadi warna sotong tu tak mampu memekatkan warna kuah yang banyak. Tu pucat je. Tapi memang manis. Pengsan!

4 comments:

Fatin Sakura said...

tiba2 rasa nak makan jgak...haha..terliur weh

solomolo said...

ada ek sotong sumbat...
selalu dengat ketupat sotong tu...
tu pon tahu dari satu blog ni...
http://azimashaary.blogspot.com/

fRaMe+LenSeS said...

waahhhh.. nampak sedap. tapi tak terliur sebab dah knyg. hehe

JIJI YU said...

haha seb bek aku pergi pasor ini hari sotong habes..eheh

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers