CORETAN TERBARU NADH

Gelagat di surau

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lagi. Aku berpeluang ke surau Saujana tempat tinggal aku ni. Banyak gelagat yang aku nak kongsikan. Kita share 3 situasi je eh.

Situasi 1:

Makcik A : Pijak atas garisan kuning tu. 

Makcik B: Menurut saja.

Aku: Diri sendiri punya saff tak betul ajarkan orang pulak. (Dalam hati) 

Aku tengok yang lain berdiri atas garisan kuning depan. Dia je berdiri garisan kuning belakang. Tak faham aku. Nak ajar orang sangat.

Situasi 2:

Makcik B: Betulkan saff.

Aku: Dalam hati lagi. Aik nak sembahyang dah. Tak nak rapatkan saff ke makcik ni?

Makcik B: Betulkan sejadahnya.

Aku: Ruang ada lagi lompong. Kalau Sunah masuk pun muat lagi. 

Makcik tu pentingkan sejadah dari saff. Hina sangat ke aku nak duduk rapat? Besar lagi kot ruang yang ada. Saff rapatkan ke kanan kan? Setahu aku itulah. Hurmm takkan aku yang nak rapatkan ke tengah?

Situasi 3:

Makcik C: Hati-hati solat. Telekung tu takut tutup dahi.

Ibu: Senyum.

Makcik C: Bila sujud dahi tak kena sejadah tak sah. Hati-hatilah.

Ibu: Senyap.

Aku hairan. Dari mana dia tahu solat tak sah kalau dahi tak cecah sejadah? Kalau ada hadis tunjukkan kat aku weh. Ke aku yang jahil?

Kesimpulan, aku tak suka sembahyang kat surau ni. Banyak sangat makcik yang suka ganggu emosi aku nak solat dengan hati ikhlas. Grrr.

Ps: Dia sembahyang terawih ke tak tu?

22 comments:

cikgu said...

dalam hal sujud memang ada apendapat yang mengatakan sujud harus dielak dari terlapik apa2 yang ada kat badan kita cth telekung, kopiah atau lenagn baju..dia xla sampai solat jadi xsah..cuma sebaiknya elakkan..sbb nabis saw sujud terus ke tanah/lantai tanpa berlapik..

Hafizin Jamil said...

pasal situasi 3 tu..ada khilaf..ada yang kata tak sah dan ada yang kata sah..ahaha

Unknown said...

pasal saff ni memang tak sudah2..

ayanuts said...

he..he..sabar je laa..kalo solat dekat surau tmpt awk ni kena bykkn bersbr :)

aliarosli said...

ek?

emmmmm, macam-macam

biela bell said...

uikk..tu la..klu tgOk makcik2 smbhyg kat masjid terutama klu mcm ada solat2 yg camnie..depa lg pentingkan sjadah dripada rapatkan saff..tension jugak kadg2..aiseh..yg pasl situasi 3 tu..byk sgt mazhab la..tp sebaiknya dahi cecah tempat sujud. Wallahualam :)

Taufiq Tiramisu said...

hehehe. pelbagai ragam. masalah saf tak betul ni memang jadi isu dah lama dah..

Luqeem™ said...

laki tak ada sgt situasi mcm ni. prmpuan la yg slalunya..

aliza said...

banyak udang banyak garam banyak orang banyak aa ragamnya.. sabaau je arr...

Cik Pulau said...

kalau makcik2 ni payah sikit.. diorang tak selesa kot rapat2 ni..

masa study dulu, berhimpit ase.. kadang2 tu, duduk tahiyat pun atas kaki orang sebelah...^^,

aamalinaazman said...

aiyaaaakkk
sabo ye kak ngahh!


kak ngaaaahhhhhhh!

Lea Isnawi said...

tension je bila berhadapan dgn makcik yg cerewet2 neh
huuu

Shiema Sufian said...

mcm mcm ade :)

Solihin Zubir said...

kalo pasal saff tu, kena rapatkan ke tengah dulu.. kmudian diselang seli kanan, kiri, kanan, kiri.. kasi balance la..
err.. faham x ni? heheh..

ISZA said...

susah juga kan?
kalau bersuara mahu ada yang tersentap..

Udin said...

hurmmm.. kdg2 sesetengah suka buat kepala tau.. padahal diri sendiri pun tak betul.. sabaq jelah cik miss ran yer.. huhu~

nurshaf said...

hu, sabar2,,, chill, rilekkan minda ye,,jangan amik perasaan sangat la ok,nanti kite jugak yg rugi,,btw, yang situasi ke3 tu pernah dengar =]

saya cello191 said...

pasal sujud atas kain telekung tu,,pernah dgr ustaz ckp tak sah..

tapi,tak sure..
sebab was2,so elakkan..^^

maszull said...

salam...sabo je la iffah...:)

kuatkn iman yer...:)

Hidayah bt Zainab said...

heh..makcik tempat i asik suruh org kedepn... die langsong x begerak nak kan kipas T__T

Elly Jade said...

grrr,,makcik2 ni kan...

K said...

untunglah ada makcik yang suka tegur~~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers