CORETAN TERBARU NADH

Ciri-ciri lelaki yang boleh buat wanita terpikat

Ciri-ciri ini ditaja sepenuhnya oleh Iffah Afeefah. Sebarang ayat mahupun pendapat adalah ikut persepsi penulis. Tak tertakluk kepada semua lelaki. Sebab setiap manusia berbeza sikap dan keinginannya.

Okey mood serius. Konon pakar tentang kaum lelaki aku ni. Aku tekankan lagi sekali tak semua lelaki macam ni. Aku bagi tiga jenis lelaki yang boleh memikat hati wanita. Terpulang kat korang nak pilih yang mana. Tak nak percaya pun terpulang.

Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman aku. Wanita memerlukan perhatian, kasih sayang dan cabaran dalam menakluki hatinya. Bagi yang beragama Islam mestilah nak yang sekufu dengannya. Ehem* romantik, penyayang, kecindan aka lawak, suka ambil berat perlu ada pada ciri idaman malaya. Rupa jatuh nombor tiga.

1. LELAKI YANG ROMANTIK DAN MANIS KATA-KATANYA
Lelaki ni biasanya digelar kasanova. Tapi awas. Ada juga lelaki yang bukan berniat nak mainkan hati wanita pun. Memang lahirnya dia bermulut manis. Lelaki ini memang dicari wanita. Lagi-lagi wanita yang suka tengok cerita cinta macam drama korea dan seangkatan dengannya.

Jadi korang boleh susun kata manis bila berbicara dengannya. Tunjukkan keromantikan kamu apabila nak memikat ye. Kalau perempuan yang mudah cair memang inilah cara terbaik. Sekejap je dia akan suka kamu tanpa dipaksa. Ini mungkin Atuk tergolong ye Opah;-)

2. LELAKI SEMPOI, SELAMBA, KASAR GAYANYA.
Lelaki macam ni sebenarnya memahami wanita. Cuma tak reti nak tunjuk. Diorang gunakan kekuatan dan kekasaran berbahasa untuk menutup malu. Selalu lelaki ni akan memikat dengan cara menyakat perempuan tu.

Ingat, siapa kata kalau korang yang lelaki layan cara kasar. Cakap suka pedas bagi hati wanita mudah sentap tak ada orang suka? Salah ye Sifu penjara :-P. Ada je wanita suka lelaki macam ni. Lelaki ini biasanya digilai. Sebab konon jual mahal. Korang boleh pikat wanita dengan cara ni jugak. Tapi ingat bergantung pada jenis wanita yang nak dipikat.

3. LELAKI YANG KEBAPAAN.
Ini memang sesuai jadi calon suami. Sebab dia suka ambil berat. Dia penyayang. Nak melindungi wanita dari ancaman. Rasa bertanggungjawab atas keselamatan wanita itu. Kira gentlemen habislah.

Contoh, jiran ai si Nadh. Dia ada ciri-ciri ni. Jadi, siapa ada ciri-ciri macam ni bolehlah pikat dengan kelebihan yang ada pada korang. Sikap ambil berat biasanya akan buat wanita cair. Adakala mudah salah faham dengan layanan. Jadi hati-hati. Jangan biar wanita terpikat sudah.

Cukuplah tiga. Ni yang mana ada sekeliling aku. Mungkin ada jenis yang lain. Korang nak tambah silakan. Tapi ikut hati aku, aku mudah suka kat tiga-tiga jenis ni. Macam mana? Tamak ke? Tak kot. Dalam serius ada lawaknya. Dalam romantik ada sengalnya. Dalam berjiwang ada bulinya. Dalam mengambil berat ada berimannya. Kan seronok? Okey hentikan berangan Iffah!

Ps: Mustahil dia memiliki semua ciri sekaligus.
Published with Blogger-droid v1.7.4

13 comments:

cintailmu89 said...

lelaki yg kebapaan?haha..klaka pulak bunyinya..
lelaki yang kebapaan biasanya sesuai dengan wanita yang ke emakan..

Unknown said...

so sweet..hihi adela btol nye

aamalinaazman said...

errrrrrr
atok...tengok cucu kamu sedg puji kamu disini
hehehehe =]


asenye sume ciri ni bes kot..hehehee

Eera Shera said...

nak yg no 3 la..bertentangan sikit ngan diri sendirik..hehe

Muhd Iqbal Samsudin said...

:)

C!K NoRa said...

betol2... saye suke yg no 2... hahahaha... ;P

Azura Mendezz said...

father's type..mmg sifatnya suka melindungi..
melted! =)

budak penjara said...

aku sdnri tak tau aku ni lelaki jnis cmne..yg pasti..aku budak penjara yg jahat..sendang mencari keinsafan..haha

Asyikin said...

tambah, sports men ! hhihihi

tamlegend said...

cik tam tak termasuk pun dalam kategori y cik pipah tulis...huhu

lieynanilaz said...

saya suka yg no.2...:)

izuddinrahim said...

tumpang tanya, gua dalam kategori mana ye? gua ni tamak, nak semua bolehh? hahahhaa

fRaMe+LenSeS said...

ehh Nadh camtu ka? tetttt

(blushing)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers