CORETAN TERBARU NADH

Dilema

Rasanya semua orang ada masalah. Semua pernah berada di persimpangan dilema. Dilema wanita kat tv pun ada. Apa tu dilema? Ikut kefahaman aku dilema tu macam kita terpaksa memilih antara dua jalan.

Contoh ada dua jalan dalam hidup kita. Satu yang luas dan satu jalan sempit. Mana kita nak pilih? Jalan kebenaran atau jalan kemungkaran? Memang orang selalu kata hidup ni pilihan. Kita berhak memilih jalan untuk diri kita.

Macam aku, aku memilih untuk menangguhkan pembedahan plastik. Oh bunyi macam serius. Sebenarnya boleh je aku dibedah minggu ni. Tapi sebab dah nak raya. Raya amat bermakna dengan keluarga.

Takkan aku nak duduk wad Hospital Melaka sorang-sorang? Lagi satu aku dilema nak dibedah ke tak. Seram kot dengar kena tampal kulit. Ambil kulit bahagian paha. Dulu masa mula-mula accident dia kata melecur kulit luar. Tak payah tampal kulit.

Ini dah lain. Aku jadi takut. Mesti sakit kan? Serius macam tak sanggup. Tapi nak tak nak aku kena selesaikan dilema ni secepat mungkin. Aku tetap kena bedah. Takkan nak sakit selamanya? Ada kebaikan kan? Cepat sembuh dan tak payah dressing setiap dua kali seminggu lagi.

Bila korang ada dilema, tak kiralah masalah apa. Mula-mula sekali tenangkan fikiran. Cuba berfikir rasional. Bincang dengan sesiapa. Fikir kebaikan dan keburukan. Setelah tu tawakal je. Mungkin itulah pilihan terbaik. Akhir sekali, redha setiap apa yang berlaku pastinya.

Ps: Dia buat aku risau.
Published with Blogger-droid v1.7.4

12 comments:

Sunah Sakura said...

nak kene bedah plastik ke you?

mas saari said...

akak tak suka situasi di dalam dilema ni... susah nak buat keputusan!

ReramaBiru said...

~semoga dapat buat pilihan dengan betul..:)

fRaMe+LenSeS said...

nadh doa jiran Nadh ni cepat smbuh. amin2. :D

RHI said...

akak tak pernah buat pembedahan, tak y=taulah bagaimana rasanya, rasa sakit, memang dah adatnya...InsyaAllah, tawakal padaNya..semoga dipermudahkan

aamalinaazman said...

hayooooo
patot cm lesuuu jek budak ni

hurmm
kalo itu terbaik utk kamu
opah ase kamu kene jalani tu kan
walau nmpak cm perit tap cm perlu

nak hidup lame lagi kan

emm3

opah pon dilema gak ni..
hurm3..

Nazz@Purple said...

tawakal pada Allah dia yg lebih tahu apa terbaik utk kita..

Daddylicious said...

buat2 relax dan kool jer...:)

saya cello191 said...

pilih la yg t'baik..
moga lancar semuanya~~

^^

Cik Pulau said...

kalau ai pun mesti dilema jugak..
ehmm... moga segalanya baik2 aja k..^^,

al-kisah said...

sy pn duk melaka.nt leh lar lawat kamu ^_^

Asyikin said...

buat pro and cons, kat entry saya ada tunjuk mcmana nak buat sesuatu decision. keh keh keh.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers