CORETAN TERBARU NADH

Review Filem Ombak Rindu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Novel

Tapi bila dah diadaptasi ke filem. Tak adalah sebijik sama seperti yang ada kat novel. Jadi aku suka tengok. Jika dibandingkan dengan LAGENDA BUDAK SETAN. Memang yang tu lagu latar je sedap.

Pelakon:
Semua aku rasa okey je lakonannya. Cuma aku lebih tertumpu dengan Aaron Aziz. Suka sangat tengok lakonan dia. Paling aku suka bila dia menangis. Rasa nak menangis sama. Uwa...

Skrip:
Skrip okey. Yang tak okeynya pelakon yang terlalu mengikut skrip. Ayat agak skema dan terlalu formal buat emosi aku terganggu masa tengok. Nak gelak je. Ada juga yang tersalah sebut. Contoh, Aaron salah sebut berdoakan. Aiyo.

Kesilapan teknikal:
Tang Izzah dan Mila berborak kat sawah. Pasal redha dan pasrah. Aku nampak mic kat belakang baju Izzah. Ala kan orang pakai mic lekat kat baju tu. Bentuk empat segi nampak sangat. Kantoi!

Jalan cerita:
Permulaan agak lambat. Aku naik bosan. Tapi jalan cerita agak klise. Mungkin sebab aku dah biasa baca novel. Dan novel ni lama dah diterbitkan. Sampai adik aku dari mula bising bila nak habis. Ganggu betul! 

Background:
TERBAIK!

Inilah background terbaik!
Kesimpulannya, aku puas hati. RM8 berbaloi sebab berjaya buat aku menitis air mata. Sedih tengok Aaron menangis masa dia sakit. Betul meruntun jiwa cerita ni. Tapi aku dah jatuh cinta dengan pemandangan kat buaian tu. Romantik habis. Lagu tema memang terbaik!

Ps: Bukan tengok wayang dengan dia!

18 comments:

K O R I E said...

wah, akak menangis ek.
btw, crita ni mmg sedih
cuma korie jea yg xnak kuar air mata

masa last2 tu,
apa ntah nama anak lelaki yg hariz nk letak? hariz junior ek?

Nurul Iman Rosman said...

kite pon dah tengok,
tapi tak nangis lah.
tak tau nape, adehh. hehe.

tp citer dia mmg best,
not bad lah ;)

Sunah Sakura said...

urmm..i takmo tengok dah bila dengar ade adegan ranjang yang agak err...dulu ye, rasa nak tengok sebab suka novel dia..tapi skang takde rasa dah..

maszull said...

assalamualaikum sunah...lain ke dr novel kekadang tu mesti ada yg lain sedikit dr novelkn...:)

Unknown said...

jarang kita tengok wayang..

Totie@Tomy said...

teringin nak tengok..tp rasanya better baca novelnya sahaja..walaupun dah baca...

fizafantagiro said...

waaaa..xsempat g tgk lg..ish..ish..

LAici KAng Ais said...

terbaeeeekkkkkkk. :)

Unknown said...

Eza tak dapat tengok lagi. takde cinema pun kan tempat Eza. um, kawasan luar bandar kan. kalau nak tgok jugak kena pergi daerah lain. em. untunglah iffah dah tengok :)

.........cP~ said...

kawan ada gak ajak tengok tapi entahla, tak berapa minat genre ni. Nangis dalam wayang? uih, segan je.

H A N said...

tempat shooting lawa! :D

Nalisa Syahira said...

huahuahuahua , tak tengok lg pun ombak rendu ni , aih ,

Nong Andy said...

Iffah nangis? itu bahaya... sebab kemungkinan kalau aku tgk aku pon akan nangis.. hubby ckp-aku, kalau tgk wayang bleh jadi ratu airmata!! cis...

Dayang Deno said...

alamak!! sini xde pawagam la.... takleh tengok citer nie... kena download je la...

Kira Sakura said...

akak nk tgk cd jer... :D

mas saari said...

akak pun nangis!

Eera Shera said...

waa..jelesnye..tak tengok lagi ni :(

QasehSuci said...

Qaseh pun nangis sbb background musik yg layan habis tu...hehe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers