ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Aku teringin nak berubah. Tapi tak tahu mana nak mula. Adakah
itu atau ini. Semua jadi kusut.”
Pernah alami perasaan ni? Berubahlah selagi ada keinginan itu. Bimbang rasa itu pergi buat selamanya sahabat. Kadangkala bila kita dah tanamkan
tekad dalam hati. Namun sering saja dipandang rendah oleh segelintir manusia. Ya
kata-kata nista hanya menyakitkan hati saja.
“Kau nak berubah? Dosa kau dengan aku pun masih banyak lagi!”
“Alang-alang kau dah jadi jahat. Baik selamanya kau macam
ni. Konon nak berubah,”
“Hei perempuan. Kau ingat kau pakai tudung ni dah cukup baik
ke? Kau jangan lupa dosa yang kau buat dulu,”
Peritkan bila nak berubah terpaksa mendengar caci maki orang
sekeliling. Malah kawan sendiri pun ada memandang rendah. Mungkin mereka juga
tak menyangka kawannya akan berubah. Tapi perlukah seseorang diejek kerana dosa
yang lampau?
Wajarkah menangis hanya kerana ujian sekecil ini? Ingat inilah
dugaan yang harus kamu tanggung bila sudah memilih jalan yang diredhai. Jangan kuatir
jangan gundah. Allah ada bersama kita. La tahzan buat mereka yang ingin berubah.
Tahniah kerana
anda terpilih untuk berubah. Tapi pastikan perubahan itu adalah ke arah
kebaikan. Bukan kemungkaran. Kata-kata negatif takkan bisa meruntuhkan iman
yang kian teguh berdiri. Kuatkan semangat dan berubahlah. Sesungguhnya tangisan
hanya akan membuatkan anda lebih lemah dari sebelumnya.
Ps: Perubahan yang baik dari dia sentiasa aku sokong.
18 comments:
Dalam usaha untuk berubah menjadi yang lebih baik, insya Allah. :')
kuatkan tekad. cekalkan hati..
ikhlaskan diri..
insyaAllah akan ada bantuan dariNYA...^^,
org sekeliling kta ni sentiasa -ve. huhu
bukan mudah nak berubah....kena kuat iman....
Ye. Proses nak berubah memang sangat-sangat susah. Mula-mua kena lawan dengan diri sendiri. Lepas tu, orang sekeliling, memori lama pun akan datang menyerang. Kadang-kadang akan jatuh dan kita menangis. Kadang-kadang kita rasa semua ni sia-sia. Tapi, berdoalan selalu. Bertaubat atas semua dosa, dan menangis penyesalan. InsyaAllah, Allah akan tunjukkan kasih sayangNya.
kata nak berubah memang senang.. tapi belum tentu mudah untuk dilaksanakan... hati perlu kuat... take challenge... peduli ape org nak kate bagi yang negatif.. tapi kadang kala nak berubah perlu juga dorongan sekeliling... >.<
abaikn kata2 org...yg penting niat & keikhlasan tuk berubah...insyaallah smuanya akn d p'mudahkn...amin...
(^_^)
la tahzan ya... indeed.. once dah baca... byk beza cara kawal hati... bila manusia mahu berubah apa salahnya. takan selalunya manusia di atas. tetapi yang di atas takan selamanya duduk tegap. perubahan yg membawa kepada kebaikan payah nak di hadam dengan mata kasar....
utk berubah jd baek memang byk cbarannya
kena kuatkan hati je
kene byk bsabar kan..
ssguhnye Allah bersama org2 yg sabar =)
yg pntg xyah cite kt org, nnti byk hlgan :')
assalamualaikum iffah...dalam usaha utk melakukn perubahan mmg mcm2 benda yg x elok berlaku ada juga yg x suka oleh oleh itu kenalah tekad melakukn perubahan walaupun dihalang...:)
Sbl berubah pasti kita pun da tau pasti akan ada suara2..... Kalau suara negatif IGNORE.... Kalau tak susahlah...
alhamdulillah setakat ni, org sekeliling kaklimah menyokong kaklimah nk berubah k arah lbey baek ^_^
*jgn risau dgn kata2 org, kerna ap yg kite bwat betol akan membuka mata mereka nt :)
kalau betul2 nak, tentu akan dapat...
untuk berubah, kena dengan diri yang jitu dan semmangat hati yang tinggi..
Eza sentiasa ingin berubah menjadi yang lebih baik. Doakan Eza k iffah :D
kalo niat iklas, Allah akan permudahkan..yg penting jgn putus asa dapatkan cintaNYA ;)
Post a Comment