CORETAN TERBARU NADH

Aku tak belajar tinggi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pernah korang dengar?

"Aku tak belajar tinggi macam kau..."

"Aku ni setakat SPM je..."

"Aku mana layak. Taraf pendidikan kita tak sama..."

"Aku bodoh sebab tu belajar tak tinggi..."

Semua ni ayat orang pasrah je kan? Apa masalahnya kalau tak belajar tinggi? Tinggi mana tu? Kalau belajar tinggi kalau tak amalkan dalam kehidupan tak guna jugak. Kalau belajar tinggi moral teruk pun tak guna jugak. Kalau belajar sampai luar negara tapi tak reti nak balas jasa mak ayah pun tak guna jugak.

Ada apa pada sekeping sijil? Tak ada apa. Tak menjanjikan kau berjaya pun. Semua atas usaha kita. Ada je yang belajar tinggi tapi jadi penagih dadah. Ada yang tak kerja-kerja jugak. Ada yang asyik berlagak dengan kelulusan tapi apa pun tak ada sumbangannya. Jangan sebab kelulusan korang cuma cukup makan korang nak merendah diri. 

Kalau rasa tak cukup bagus usahalah lagi. Usaha macam mana? Cari kerja. Cari pengalaman. Belajar melalui persekitaran. Belajar bukan secara formal semata. Ada pepatah mengatakan tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad. Jadi ilmu di mana-mana ada. Cari dan gunakan ilmu sebaiknya. Jangan asyik nak merendah diri. Serius macam loser je bila cakap macam tu!

Ps: Dia pandai jadi aku harap dia tak sia-siakan anugerah yang diberiNYA.

18 comments:

JIJI YU said...

pompuan kan..kalo lelaki taraf tinggi mintak..ramai jgk bagi alsan cenggini

Cikgu Ma said...

saya juga pernah "seorang pemalas"..kelas tercorot..alhamdulillah, bekas pelajar kelas corot ni sekarang sedang memberi ilmu kepada bakal pelapis dunia baru...insyallah...

Mishter Izwän said...

orang sekarang belajar tinggi bukan menunjukkan dia pndai, cuma untuk dapat kan sekeping kertas dijadik kan sebgai batu loncatan, tp bukan semua!!!lg bgs kalau da blajar tinggi plus dengan usaha dan kembangkan lagi, baru lah boleh bangga dengan diri sendiri

Nong Andy said...

di mataNya sijil kita tak berguna. tak perlu bangga dengan sijil dunia..

"Dia tidak akan ubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka sendiri tidak berusaha mengubahnya"

setiap kita di berikan kelemahan dan kelebihan. Berusahalah mencari kelebihan kita untuk melangkah ke depan..

*dan kelebihan aku suka menyibuk di blog iffah.. jadi aku gunakan kelebihan ini sebaik-baiknya hehe..

eLLa n aLia said...

tolonglah.. sy pantang dengar orgperkecilkan diri diorang sndiri.. macam tak menghargai pemberian Tuhan.. betul tu.. jangan jadi mcm loser.. ilmu tu di mana2.. stiapa orang ada bakat dan potensi tersendiri.. mngkin bukan di menara gading, boleh jadi di tempat lain.. :)

fRaMe+LenSeS said...

Ngaji x tgi jugak.

*loser. Ahahaha

Asyiqin Haulisah said...

usaha kita yg nak berjaya tu lah sebenarnya nilaian.

.........cP~ said...

Abang sulung saya, belajar sampai SPM je jugak. Dia kerja dah merata2. Cakap, apa je kerja dia tak buat? Hotel? Stesen minyak? Wiring? macam2 lah. Atas usaha dia, sekarang boleh la kata hidup senang jugak walaupun kerja mekanik - motor sampai 19ratus. Okay tak, ada 5 je.
p/s: that's why i want to work and repay his debt.

Izz Faizah said...

kena pndai guna ilmu...kalo tak serong niat kte...:(

Eza Boom Boom :) said...

um, kena ada usaha. tapi, bila ada ilmu jangan menyombong. bila ilmu kurang jangan malu. cari dan terus lagi mencari ilmu yang ada.

Gua said...

yang tak belajar tinggi-tinggi tak semestinya tak pandai dan yang belajar tinggi-tinggi pulak tak semestinya cukup dgn ilmu :)

shera haifa said...

nak seribu daya tak nak seribu dalih..

* agak2 kene x pribahasa tu dgn entry nie?

Eza Boom Boom :) said...

Eza tagged iffah :)

cheksunnyboomboom.blogspot.com/2012/01/qasehsuci-special-giveaway.html

saya cello191 said...

ilmu ada kt mana2...
alasan ja tu...
^^

Lea Isnawi said...

belajar tinggi mana tak penting pun
janji dpt keje dan pandai cari duit
itu lagi penting

Teenager Housemaid said...

hurm..saya selalu cakap bende ni...

r-5 said...

setuju.. rezki semua ditangan Allah manusia layak berusaha sahaja. Percayalah setiap kejadian itu ada hikmahnya..

ps: eh2 da ada kat kajang ni jom jalan2.. haha

Halimatun Sa'adiah said...

sgt stuju..
rezeki ada di mane2 bkn tletak kt kelayakan je

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers