CORETAN TERBARU NADH

Tips 1: Menulis di blog

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tiba-tiba terasa nak kongsi tips yang tak seberapa. Sebab ramai tegur aku. Banyak sangat idea menulis. Datang dari mana. Ada pula yang kata idea mengalir macam air paip. Kelakar okey! Jadi aku nak kongsi sikit apa yang aku amalkan selama ni.

1.      Idea dari mana?
Idea sebenarnya boleh didapati di mana saja. Kita pandang situasi terus boleh jadi entri. Tapi pastikan otak sentiasa ligat. Contoh aku suka ambil idea dari blogwalking, situasi sekeliling, keyword dalam blog, pengalaman kawan. Atau kalau tak ada idea sangat tulis je pasal diri sendiri dan selitkan nasihat.

2.      Bila nak taip?
Kalau aku, aku taip on the spot. Memang takkan simpan. Sebab aku akan lupa apa yang aku nak kongsi. Jadi ada idea je terus taip. Jangan tangguh. Sebab kadang olahan kita takkan sama walaupun idea tetap ingat. Lagi satu aku menaip dalam keadaan privasi. Kalau orang tengok memang aku terganggu.

3.      Bahasa yang digunakan?
Ini penting. Ramai orang pandang remeh pasal ni. Ada yang terlalu serius sampai orang malas nak baca. Ada yang terlalu lucah. Ada yang menggunakan shortform yang kadangkala orang lain susah nak faham. Seeloknya gunalah bahasa yang standard. Tapi sesuaikan dengan penceritaan. Ingat, bahasa berbunga-bunga pun buat orang berselirat otak nak baca.

Itu je aku nak kongsikan dengan korang. Kalau ada idea lagi aku kongsikan. Tapi ingat semua orang tak sama. Ada pendapat lain boleh kongsi kat komen atau entri masing-masing. Sekian.

Ps: Penulisan dia best! Maaf siapa suruh baca tak komen?

15 comments:

..ika itu aku.. said...

bab tulis on the spot tu yg selalu kantoi. bila tangguh2 hilang terus idea. huhu

reenapple said...

yeah... tips yg berguna.=)

Nong Andy said...

Hehe.. macam air paip? tak.. macam air sungai kinabatangan. Deras je arusnya tak bermusim. masa kemarau pun dia deras mengalir :)

point no 2 tu aku sgt setuju. bila ada idea kena terus tulis. kalau tidak.. simpan2 nanti 'ceritanya' tak berkembang seperti masa pertama idea tu dtg.

*nak gi kutip idea kat kampung ni hehe..

aimie amalina said...

hehehehe
kak ngah mmg, idea sepantas kilat dtg menyambar lalu terus menaip dgn selaju yg mungkin
kekekeke :p


ayoo..kene marah ke..marah pasal ape plak..hehehehe

Eza Boom Boom :) said...

Hee, penulisan Eza pun banyak lagi yang kurang. Huhu, kalau iffah tak suka baca, sorry tau. Eza tengah usaha perbaiki apa yang kurang. InsyaAllah :D

Rozuan Ismail said...

sayer shuke Dierr, okie tak bahaser sayer.hahaha


p/s mmg tak suka org tgk aku type entry.x leh fokus

hazanis said...

nice tips..:)

KaK LimAh Si SupiR said...

oyeahhh..cayalahhh iffah

Izz Faizah said...

thanks..tips yg berguna...:)

Eera Shera said...

idea susah nak cari..tp kalo dah dpt lupa plak..kdg2 type kat fon dulu..

hah tu la 'dia'..lain kali komen..nnt ipah igt dia x baca da haha

QasehSuci said...

hehehe..betul tu...klu ada idea waktu nk menulis...semua leh keluar...

masa tak der idea, cari camana pun x dapat...

.........cP~ said...

Tahniah. Sekarang dah boleh jadi cikgu blog!

shera haifa said...

part type on the spot tu betul laa.. tapi kadg2 bila mood malas nak menaip tulis je tajuk apa then isi sikit2..hehe

r-5 said...

tang bahasa berselirat tu saya memang suka guna sebab saya suka orang berfikir dan tak suka cakap direct.. haha. btw saya memang suka bertangguh buat entri.. :p

kiera'sakura said...

akak klu ade idea skang nie taip dlm enpon dlu, bila ada lappy bru buat entry.... hihihi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers