CORETAN TERBARU NADH

Suami tak guna?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bila mana aku buat cerpen Benih-benih cinta. Aku sebenarnya sedang fikir masalah poligami yang melanda bagai tsunami di negara kita. Bukan nak kata melawan sunnah Nabi S.A.W. cuma aku geram dengan sikap segelintir suami yang sedap je nak kahwin tapi mampunya tidak.

Contoh macam cerita KONGSI TIGA kat Astro. Isteri pertama sarat mengandung. Dia kahwin satu lagi. Konon cinta. Lepas tu nak pindah negeri lain sebab kerja nak naik pangkat. Maklumlah gaji tak seberapa nak tanggung dua bini. Anak pun dua. Sekali boleh pulak mengorat sorang lagi awek terus jadikan bini.

Yang salah siapa? Yang bini kedua tahu suaminya laki orang. Yang bini ketiga tak tahu. Jadi lelaki tu dah tahu tak mampu tak payahlah kahwin sampai empat. Konon nak ikut sunnah Nabi. Orang kahwin pun tengok kemampuan. Kalau makan pun tak tentu. Kadang bini yang tanggung baiklah lupakan hasrat tu.

Jangan jadi suami tak guna. Harap ikut nafsu semata. Tak takut ke bini-bini ni seret dia masuk neraka? Fikirkan sebelum nak berpoligami ye.

Ps: Dia kalau macam ni aku tak tahu nak katalah.

14 comments:

Lydia Miza said...

turutkan nafsu semata2.nak ikutkan satu isteri pun mereka lum mampu sepenuhnya nak tanggung kan?ingat hidup ni mudah je agaknya, dia lupa ada byk tanggung jwab perlu pikul utk isteri, anak dan keluarga juga

Farhanhanif91 said...

tak terpikir pon nak berpoligami...biarlah cinta yang lahir itu untuk satu2nya isteri yang tersayang...hahaha...sweet tak? =)

Unknown said...

sunnah nabi hanya alasan untuk menutup nafsunya dari dilihat orang..:)

aamalinaazman said...

huuuu
sangat sokong la kak long
tang sunnah tu je nak ikot
tang amalnye?
huhuhuhu

Nong Andy said...

Apa yang aku pernah terbaca,

Nabi-nabi dan sahabat nabi dulu kawin lebih dari satu untuk melindungi kaum wanita. Mereka mengahwini balu-balu dan anak-anak sahabat mereka yang telah terkorban syahid di medan perang. Poligami itu lebih bersifat memberi pelindungan/menjaga keselamatan golongan wanita yang lemah dan anak-anak yatim yang kematian ayah mereka.

Tapi... kalau sekarang ni semuanya sebab nafsu saja!

K O R I E said...

Err. mintax2 dijauhkan dari hidup bermadu..

Selamat tahun baru kak ^^
moga tahun ni tahun bertuah buat akak ;)

Ce'gu JAERA said...

yelaaa... saya as a man pun sakit hati kalau ada org lelaki yang tak berttangungjawab mcm tu... kesian kat org pempuan terutama bini nya...

Juliet_iRa~" said...

huhu..lelaki kalo hidup berlandaskan nafsu ni susah nak ckp...mmg xkn dengar..

selamat tahun baru..

maszull said...

assalamualaikum iffah...yer la kalau nak kawen tu x ingat duniakn tapi kalau x ada tanggungjawab langsung buat apa nak kawen ramai2...:)

Anonymous said...

heee.. nape nie? marah2 cm kne poligami jep. hehehe jgn marah gurau je.
btw nk g tau, iffah dlm snrai bloglist thun baru CK.. tQ ;)

reenapple said...

hurm.. betul jugagak... setuju setuju..hehe

Cik Pulau said...

kenapa selalu cakap pasal poligami sb ikut sunnah nabi.. tapi bila bab lain taknak ikut sunnah nabi..
poligami tu je ke sunnah nabi? bukan banyk lagi ke.
arghh.. err..emo tetibe.. hahaha

Kira Sakura said...

setia juga sunnah.... :)

r-5 said...

huhu harap2 anda dikurniakan yang terbaik, jangan berburuk sangka tapi sentiasalah berwaspada. :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers