CORETAN TERBARU NADH

Tiada beza kasih sayang mereka

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu kita sebagai anak terasa ada wujud perbezaan bukan? Yalah dia dapat ni. Kita tak dapat. Adik ibu sayang lebih. Kita macam dianak tirikan. Banyak kisah benar yang emaknya memang menganggap dia macam anak tiri padahal anak kandung. Kerja berat semua suruh dia. Yang teruk semua dia.

Itu antara maknya dan anaknya. Mungkin ada permasalahan antara mereka. Mungkin layanan saja begitu tapi hakikatnya tak. Tapi seteruk manapun layanan dia pada kau dia tetap kasi kau makan kan? Tempat tinggal? Kalau nak dihitung duit yang habis untuk seorang anak. Mahunya berpuluh juta.

Tapi pernah tak kita fikir apa yang mak kita buat tu ada kebaikannya. Dia bukan saja-saja nak melebihkan sesiapa. Mungkin terlepas pandang. Dulu aku pun rasa macam ni. Nak-nak adik beradik aku ramai. Perempuan 6 lelaki sorang. Kadang cemburu jadi perkara biasa. Tapi wajarkah cemburu? Dulu aku selalu rasa macam tak penting dalam rumah sendiri.

Lepas accident baru sedar yang seorang ibu sayang anak-anaknya. Walaupun kasih sayang tu tak nampak dari mata kasar. Tapi aku dah boleh rasa. Jadi jangan nak bandingkan kasih sayang mereka. Tiada bezanya. Kalau tak sayang masakan korang boleh hidup di dunia. Baik mak korang gugurkan je masa mengandung. Ye tak? Jadi jangan beza-bezakan. Ia boleh menjauhkan korang dengan keluarga sendiri. Fikirkan.

Ps: Dia tak rasa kot.

18 comments:

Sunah Sakura said...

urmm..betul2..

Mieza said...

Assalamualaikum Iffah,
akan lebih merasai bila dah jadi ibu...

FasiHaH SupiaN said...

sy setuju....nnti kak ifah jd ibu pasti lbh fahamm

K O R I E said...

yeah. betul tue!
kasih yg xdpt dibezakan ^^

reenapple said...

betul3... aku pom pernah juga rasa macam tu.. rasa aku nie satu bebanan kepada mereka..=)

tapi setiap yang berlaku, ada hikmahnya..=)

Lea Isnawi said...

betul tu
mungkin lain anak,lain cara ibu menyayanginya

diana said...

kalau adik beradik ramai mak ayah pulak kerja,kitakena paham la..selalunya bila dah meningkat remaja la baru dia berperasaan macam tu..rasa terabai la..rasa dianak tiri la..padahal masa dia kecik pun mak ayah layan macam layan adik beradik lain jugak..kadang2 maka ayah kurang bagi perhatian pada kita sebab dia percaya kat kita..

.fariizza. said...

yes. tak boleh nak bandingkan sebab kadang-kadang yang ada dalm hati tak sama dengan yang digambarkan. marah ibu ayah sebab rasa sayang jugak :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

cik Kartun said...

0whh hihi kekadang CK terasa di beza2kn @_@

Niena Sofea said...

Salam kenal ..
Niena singgah sini ye .. Niena dah follow .. Jom follow Niena semula .. http://nienasofea.blogspot.com/

Niena ada buat GA , lebih 51 hadiah menarik untuk dimenangi .. Jom join !
http://nienasofea.blogspot.com/2012/01/exclusive-giveaway-by-niena-sofea.html

Seorang Mama kepada Seorg Ayin said...

emoo jugak ye cik pipah....lain anak lain perangai..lain perangai lain layanannyer....bukannye pilih kasih..lalalala...

ieyza afieyna said...

sayang tak boleh dilihat... tapi dapat dirasa oleh hati...

KaK LimAh Si SupiR said...

betol2..mane ad mak xsayang anak2 dye kan

maszull said...

assalamualaikum iffah ...seorang ibu x akan pernah membeza2kn anak2nya melainkn ada sesuatu perkara yg terjadi padanya...

Paris Lipton said...

betiullll~~~

Nong Andy said...

Paling penting kita kena ingat. Ibu atau ayah tu MANUSIA BIASA

dah namanya MANUSIA BIASA jadi tentulah dia pun boleh bersikap yg kita katakan bias. Kita sendiri pun sama kan.. kita sayang semua adik beradik kita, darah daging kita. Tapi mungkin kita rapat dgn 1-2 saja dari mereka sebab ada yg perangainya kita tak suka.

cth : sy kamching dgn akak n adik, tapi dgn abg? e.. dia ditaktor.. malas la dgn abg long tu. But still sy sayang abg!! see? Ibu bapa pun mcm tu :)anak2 dia ada yg menurut kata, ada pula yg degil nak mampus. mestilah yg menurut kata lebih di syg ye tak?

*best tajuk ni.. rasa nak komen byk lagi.. tapi er.. pjg nya hehehe..

Cik Pulau said...

mak ai pun sygkan ai.
tak caya boleh tanya dia..
lalala~

Eza Boom Boom :) said...

Eza anak bungsu. ngeh3.. Jeles tak?? P, selalu kena buli.. oleh abang-abang yang suka membuli. Kasih sayang parents Eza sangat equal. Alhamdulillah :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers