CORETAN TERBARU NADH

Pandangan kau dan aku berbeza

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu sangat kan bertelagah pasal pendapat. Kadang sampai bertikam lidah. Tapi untuk apa? Menegakkan kebenaran? Kenapa cakap yang tua dilawan? Cakap yang muda dibantah? Normal kan kalau orang berlainan pendapat?

Aku dan kau pun sama. Berbeza pendapat. Aku dengan cara aku. Kau juga begitu. Tapi aku tak salahkan kau atau korang. Sebab aku percaya perbezaan itu unik dan unik akan membuatkan kita lain dari yang lain. Aku rasa macam ni. Kau kata macam tu.

Korang pernah kan alami? Jadi perlu ke nak berbalah hanya kerana sedikit perbezaan? Aku terima cara kau dan kau harus terima cara aku. Mungkin aku lebih suka pendam kalau pendapat kita lain. Mengalah bukan bermakna kita kalah. Cuma tak nak panjangkan isu.

Isunya pendapat tak sama. Masalahnya korang tak bosan ke kalau ada orang mengiyakan je apa kau cakap? Tolonglah realiti tak semudah itu. Lain orang lain cara. Lain orang lain pendapat. Jadi diri sendiri. Hormati pendapat orang. Kau akan gembira walau akhirnya kau juga mengalah. =)

Ps: Dia pun lain pendapat dengan aku tapi kami tetap okey. Kan Encik Anon? Haha

12 comments:

.........cP~ said...

Hmm...Lain macam je bunyi..Asalkan pendapat tu tak salah, ok je la kot..:)

Anonymous said...

suka hati jek panggil cik anon, werkkk

-dia-

Nong Andy said...

Anon setuju! hehehe...

pendapat kita slalu berbeza.. tapi itu tak mengapa.. masih jua ada yang sama antara kita.. kita suka cerita cinta hee.. :)

Teenager Housemaid said...

sukar bila bicara pendapat.
berbeza pendapat ok..tp yg x ok nye bila masing2 bergaduh hehe

Teenager Housemaid said...

alamak td dah tekan publish post tp trtekan pangkah pulak..-_-'

dipendekkan cerite, berbeza pendapat tak apa, tapi yg tak bestnye boleh jadi gaduh..huhu

Cik Pulau said...

takpe la berlainan pendapat..
tegakkan je mana yang benar..
tapi jangan duk tegakkan benang yg basah da..
hahaha...
pendapat kite sama ke tak eh? hehhe

Eza Boom Boom :) said...

tak suka yang selalu ikut jee. Adehh. Tak best jugak asyik tenteram je hidup. Huahua. Gaduh-gaduh manja, okey kot :P

K O R I E said...

setuju,,
realiti xsemudah itu ;)

cuti raya cina ni xg mana2 ke kak?

lieynanilaz said...

kalau setakat berbeza pendapat sahaj takpelah asal jangan bermasam muka dan memutuskan silaturrahim...

هانيم إرشاد said...

yep. stiap manusia ade pndangan dan pndapat yg berbeza :)

Juliet_iRa~" said...

hee..layan je la org gtu..;p

mmg smua manusia takkan sm pendapat..

QasehSuci said...

Pendapat berbeza lg bagus...boleh bertukar2 pendapat...aslkan pendapat org lain juga dihormati dah ok dah...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers