CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Jika rezeki bukan milik kita

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

La tahzan kembali lagi. Kali ni nak menyentuh tentang rezeki. Aku nak berkongsi kisah seorang sahabat yang mahukan sesuatu namun takdir tak berpihak kepadanya. Dia sedang bersedih ketika ini.

Seorang sahabat telah lama bercita-cita membuka kedainya sendiri. naik turun bank untuk meminjam wang. Pihak bank akhirnya telah bersetuju. Namun, ada syarat yang perlu sahabat penuhi. Syarat itu umpama menghumban sahabat ke tali gantung. Berat sebelah. Ya sangat sukar meminjam wang.

Setelah lama dia berfikir dan berbincang akhirnya dia membuat keputusan untuk terima tawaran bank itu. Walaupun pada mulanya dia takut mengambil risiko. Namun, apabila dia membuat keputusan sedemikian, pihak bank telah menarik balik tawaran tersebut. Makanya, sahabat ini kecewa kerana pihak bank seakan menindasnya.

Apa yang aku boleh katakan ialah bersabarlah sahabat. Mungkin ianya bukan rezeki kita. Walau usaha macam mana pun kita nak dapatkannya, hanya Allah yang menentukan pengakhirannya. Bila jadi begini, kita kena redha. Redha dan menerima takdir Ilahi.

La tahzan buat mereka yang tak dapat apa yang diingini. Terutamanya tentang rezeki. Kita harus ingat, rezeki Allah yang tentukan. Rezeki itu bukan di tangan kita. Jangan bersedih kalau nasib tak menyebelahi kita. Berdoalah semoga Allah turunkan rezeki kepada kita.

Ps: La tahzan buat dia juga.

16 comments:

EZAD AMIR said...

aiyoo...kejam nya bank tu!!!!!!
kesian dia..xpe..byk lg alternatif lain...smoga bjaya..

msredcheesecake said...

Alhadulillah setakat ni rezeki ada walau pun tak banyak...

Adylia Qarissa said...

insyaAllah..rezeki ada dimana-mana..

Juliet_iRa~" said...

mgkin ada org lain nk bg pinjaman?hee..

ada hikmahnya kan..mgkin..hee

maszull said...

assalamualaikum iffah...alhamdullilah rezeki tetap ada walau cara hendak mendapatnya ada berbagai2 cara yg berbeza2kan...:)

Paris Lipton said...

tulah esok dijemput ke interview, kalau dapat kje itu rezeki dr Allah. doakan! ;p

Mieza said...

Assalamualaikum Iffah,
Mendoakan agar rezeki Allah yang lebih baik buat sahabat Iffah. InsyaAllah.

KaK LimAh Si SupiR said...

yaa..bersabarlah..insya allah, allah swt akan bg rezeki yg lebey dr tuu ^_^

teha said...

sebaik mn pon rancangan kite , Allah yang menentukannya :)

reenapple said...

kejam gila.. normal la bila biat pinjaman dengan bank.. tawaran mereka kebiasaanya berat sebelah.. huhu.

harap kawan tu bersabar.. insyaallah.. ada la rezekinya suatu hari nanti..=)

Lea Isnawi said...

Allah dh tentukan rezeki kita
jadi jangan riso

ieyza afieyna said...

terus kn berdoa agar sentiase menerima rezeki dan nikmat dari ALLAH..

Cik Pulau said...

ai percaya rezeki tu milik Allah..
Dia yang tentukan segalanya..

p/s: yu.. ai skang mengajar kat sekolah swasta dkat ngan umah.. huhu..

Anonymous said...

uwaaaaa

-dia-

Nong Andy said...

Jgn putus asa.. org yg kita lihat berjaya, biasanya pernah menempuhi saat yg teramat gentir.. terus usaha..

*harap kawan iffah terus kuat semangat. kegagalan adalah pembakar semangat.. :)

Eza Boom Boom :) said...

rezeki tu kalau memang bukan rezeki kita, memang la bukan untuk kita. InsyaAllah pasti ada alternatif lain yang lebih baik untuk sahabat iffah tu..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers