CORETAN TERBARU NADH

Tiada salahnya berkemban

Ya memang aku kata tak salah. Rata-rata penghuni hostel aku memang suka berkemban. Yang lelaki jangan salah anggap. Ni entry terbuka dan tak ada unsur 18sx pun. Ramai sangat berkemban sampai sakit juga mata memandang.

Aku kata tak salah berkemban sebabnya berkemban masih menutup aurat sesama perempuan. Semua yang ada di blok ni adalah perempuan melayu yang beragama islam. Jadi auratnya pusat ke bawah lutut.

Yang jadi salahnya mereka berkemban atas lutut. Kadang peha pun tayang. Tapi dada reti pulak nak tutup. Kenapa perempuan lebih mementingkan yang bukan aurat untuk ditutup? Aku pun tak ada jawapan tu.

Yang penting berkemban biarlah menutup aurat. Kalau tuala pendek, silalah pakai baju di atas dan pakai tuala di bawah. Kan senang. Kalau pakai baju terus lagi baik. Ingat jaga aurat sesama perempuan. Berdosa satu hal. Takut kena kejar lesbian satu hal. Aku pun ingatkan diri sendiri jugak. :-)

Ps: Dia tak baca agaknya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

15 comments:

ijA said...

tiba2 die baca...hehee..

Eera Shera said...

a ah betul sakit mata..geli pun ade

mas saari said...

berkemban dalam bilik jelah, takde orang nampak..

cik Kartun said...

pkai kain batik la cik kak oi..
anak sapa yg x reti2 berkembn uh? meyh CK ajar :p

aimie amalina said...

kekekek
opah agak suke berkemban yg comel
hahahaha
bole x cm tu
hahahahaaw

JIJI YU said...

lain dah eh..ehehe

maszull said...

assalamualaikum iffah...betu2 tu iffah kan elok kalau dah mandi tu terus jer pakai baju xpayah nak berkemban2 lg kan senang...:)

deno said...

berkemban? lama tak berkemban... hehehhh

.........cP~ said...

pernah tertanya2 jugak. nampak peha dan lutut tak rasa segan.

Nong Andy said...

er.. er... tak terkata-kata :p

Gen2Merah said...

asihhh, saya tersenyum2 tersipu malu membacanya ni,.. dgr tu wahai pempuan..
ekekekeke (",)

Rozuan Ismail said...

hukhuk.tak maw baca

Juliet_iRa~" said...

hee...biasala tu dik..huuu

Cik Pulau said...

Errr..
berkemban kat umah sudaaa....
dalam bilik je..
hahaha

kiera'sakura said...

tetiba akak seram lak.. hahahahah

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers