CORETAN TERBARU NADH

Sikap manusia dewasa yang tak tercapai dek akal

Sebelum aku mulakan entri aku nak mintak maaf. Sebab entri hari ni agak beremosi. Aku serius tak sangka ada jugak manusia yang otaknya letak kat kaki. Serius! Aku bukan nak menuduh tapi aku dah syak kerja orang dewasa.

Aku ada perhimpunan yang sangat lama tadi. Dari 7.30 hingga 10.30. Memang duduk je dalam dewan. Biasalah kalau duduk dengan kawan. Macam-macam nak diborak. Sampaikan lupa orang sekeliling.Apa yang buat aku marah, bila balik tengok baju aku diconteng guna pen biru. Berulang kali garisannya. Kecil sikit dari besar tapak tangan contengan tu. 

Bila aku bersangka baik. Ingat pen dalam beg terconteng dengan sendiri. Aku periksa beg. Memang tak ada bocor. Tak ada kesan kotoran. Baju tu kain kosong. Memang nampak sangat contengan tu sengaja dilakukan oleh orang yang berada di belakang aku. Setahu aku orang di belakang lebih senior ikut faktor usia. (bukan senior batch)

Aku tak nak menuduh tapi dah jelas sangat. Contengan tu sengaja. Kalaupun dia marah dengan aku dan kawan-kawan bising kenapa nak luahkan melalui contengan? Macam tak berilmu pulak. Padahal dah ada degree aku pasti. Jadi aku tak tahu kenapa kena guna medium salah untuk menegur?

Ini ke cara bakal guru yang nak didik anak bangsa kelak? Kalau aku salah, tegur. Jangan buat perkara yang budak-budak pun tak nak buat. Serius aku tak sangka. Kalau betul bukan mereka conteng, dari mana kesan tu? Oh mungkin kerusi ada kesan contengan pen. Ya aku cuba bersangka baik tapi...

Ps: Apa kata dia?
Published with Blogger-droid v1.7.4

21 comments:

Nong Andy said...

manusia.. macam tulah. berumur tidak bermakna sudah dewasa(eh.. kena batang idung aku pula!) hehe..

Admin said...

Usia tak melambangkan kematangan,
sabar ya :)

reenapple said...

hurm... manusia bila buat salah tak mengaku.. tak matang la tuy..=)

.........cP~ said...

kalau bukan manusia....jeng jeng jeng...

.........cP~ said...

p/s: cerpen saya dah lama tak ada. hehe.

Ceiler Mun said...

kau sem berapa? paling senior dalam IPG aku setakat ni budak2 batch aku la. sem 7.

Unknown said...

mgkinkah.....alien? <---xmatang!

mas saari said...

Bodoh punya org! Agaknya anak murid dia buat bising nanti dicontengnya muka anak murid tu...

Unknown said...

jumpa dia dan basuh dia cukup2..:p

maszull said...

assalamualaikum iffah...orang mcm ni ke nak jadi contoh baik pd anak2 muridnya nanti....x ada otak betul otak letak kat lutut kot...:)

Kalamhati said...

boleh plak gitu..huhu cemana nk mendidik anak bangsa jd insan berakhlak kalu cikgu pun suka conteng mcm tu..huhu

Unknown said...

dengki kot tgk baju org lain bersih.x mvcm baju dia kotor

aamalinaazman said...

ayoooooooo
dah mcm budak2 kecik plak
ish..
bengang gak ni kalo jadi kat opah
aihh
sabo ye kak ngah...

r-5 said...

sabo je la cik non oi.. kan3.. nak dilepuk, nak dimaki takut salah orang plak kan? nampak kita plak yang tak betol.. sabo je le.. memaafkan itu lebih mulia.. dia tak perasan yang baju dia tu pon kena conteng.. hahaha.. Tuhan tu adil

run aziluz said...

bunuh je orang macam tu

Eera Shera said...

peh sakitnye hati..tau ke sape dia? pi bg penampor sikit haha...ckp masa perhimpunan bese la..kalo bsing tegur.otak kt lutut kot

.........cP~ said...

Mai la datang jenguk blog, ada entry khas untuk kamu.. Hehe. Jangan gelak ye.

.........cP~ said...

Lupa tinggalkan link plak. Aisyeh:

http://secukuprasasebuahcerita.blogspot.com/2012/01/buta-pekak-bisu-cinta.html

Juliet_iRa~" said...

kpli la tu?huuu..

korang ni bila nak berubah ni?ahaha..asik bising je ms perhimpunan bulanan..;p

pss : xtahu lagi smpai sekarang..akk berdebar juga..:(

ellieandcarl'sstories said...

hai susah la bila guru berperangai budak. hehehe tak pe. bersangka baik la kamu terhadapnya. moga ALLAH memberi pngajaran kepada pelaku tuh

Kira Sakura said...

xpe.. Allah tue Maha Adil... :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers