CORETAN TERBARU NADH

Kisah suami, bekas isteri dan isteri

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa yang aku maksudkan tu? Sebenarnya aku nak kongsi kisah suami, bekas isteri dan isteri muda. Aku cuma nak korang fikirkan sejenak. Ini bukan nak mengaibkan sesiapa.

Di sebuah bandar terdapat suami isteri hidup mewah. Kehadiran dua cahaya mata membuatkan mereka bahagia. Tapi setelah lama mereka melayari bahtera. Si suami berpaling tadah. Dia mahu menceraikan isterinya. Akhirnya, terputuslah hubungan mereka. Si isteri marah dan menuntut hak dan harta sepencarian. 

Si suami terus menghilang kerana takut dikritik keluarganya. Tiba-tiba muncul bersama isteri baru. Kahwin tak berjemput. Hanya nikah di negara jiran. Oh ya isteri barunya warga indonesia. Yang pasti jauh lebih muda. Sehingga kini mereka dikurniakan seorang anak lelaki.

Tapi apa yang terjadi, kini mereka menumpang di rumah ibu kandungnya di kampung. Si suami sibuk mencari rumah sewa. Si isteri sibuk berjimba-jimba. Ke sana sini membeli belah, menonton wayang dan memakan jamu. Persoalannya sampai bila kisah ini akan menjadi sebegini?

Jadi apa pendapat korang? Adakah betul tindakan si suami tu? Atau ia sememangnya jodoh yang tak dapat dielak? Aku senyum saja. Hal orang dewasa kau tak boleh campur. Biasa dengar ayat ni? Korang rasa apa jadi pada keluarga begini? Cerai atau bahagia sampai ke tua?

Ps: Dia kena kahwin dengan orang yang sekufu.

20 comments:

Farhan Hanif said...

selalunya org camni jarang bercerai tapi kehidupannya penuh dengan kesusahan...=)

iz said...

err...entah ler..mungkin dengan hidup baru dia ni,
dier lebih menghargai hidup dier yang lama dengan bekas isteri..
pengajaran utk kita yg muda2 nih =)

singgah baca entry baru saya (^_^)

http://cintailmu89.blogspot.com/2012/01/ustaz-mesra-remaja.html

Rozuan Ismail said...

macam2.entahlah.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

bila berlaku perpisahan..mmg adil wanita dpt harta sepencarian..alhamdulillah moga isteri lamanya, eh bekas isterinya bahagia kini.

bg suaminya?mungkin mcm terhempas kot?harta dah tinggal separuh, hidup duk umah ibu, isteri kaki joli. itu kehidupan dia kini. tak berani nak ckp blasan nnt kena bt hidung sendiri.pandai2 lah kita ambil ikhtibar atas kisah ni. kebahagiaan lalu pasti menjadi kenangan manis buat si suami

Paris Lipton said...

errr xdpt dibayangkan....ketentuan Tuhan tu sukar diramal..

fRaMe+LenSeS said...

Aiyooo. Cian aihh. Balasan mgkn? Pngajaran wat kita.

Azura Mendezz said...

Kalo itu yg terbaik utk si suami ni..
kita nak kata apa??
Tgk aje la..hehe! =)

reenapple said...

entahlah.. bagi aku tindakan si suami dan isteri baru nya tak patut.. lebih3 lagi sikap isteri baru tu...

entahla.. tak pernah alami.. =)

Nong Andy said...

Kadang CINTA itu BUTA

Tapi Adakalanya

CINTA itu bersama NAFSU

*Aku org yg dah kawin tak brani komen lebih-lebih, karang tuhan marah kat aku, bagi aku test rasa baru tahu padan mukaku :)

Kalamhati said...

mcm sengaja cari susah je..huhu tahlah kan..perangai org ni mcm2

biela bell said...

no comment la..
tapi..seorang suami perlu bersyukur andai dah dikurniakn seorg isteri yg cukup sempurna dan betanggungjwab..huhu

aimie amalina said...

huuuu
payah nk djwab
sebb semua pilihan diri sendiri
nak sengsara pilih jln sengsara
nk bahagia
buat la cr baik ;)

Cik Pulau said...

entahh..
rasanya salah suami tu..
tapi kalau cakap pasal jodoh..
memang tekleh nak cakap apa da..

KaK LimAh Si SupiR said...

ntah laa nk ckp mcm mane..hargai lahhh kehidupan yg anda ad skrg..belom tentu yg akan mendtg nt bhgia

ieda said...

aduhh macam2 lahhh
susah nak komen bab lelaki yg kawin dua - tiga nie ..macam2 sebab dia bagi huhuh

ila said...

ermm tak tahu nk ckp cm ner..

tp suami tu x btanggunjwb la.

da ade i3 lagi nk org lain

Eza Boom Boom :) said...

berjimba-jimba tu apa ek iffah? :). Um, eza pun tak tau la hal rumah tangga ni. Tapi, Eza pernah dengar mungkin pada awalnya kita dijodohkan dengan orang yang salah, sebelum di temukan orang yang sememangnya jodoh kita sampai ke syurga. Hee. Ataupun vice versa. In short, semuanya takdir dari Allah :)

Eera Shera said...

mesti dia menyesalkan tgglkan wife dia dulu..x kan nk bercerai kali ke2 plak..mslhnye laki tu la..mgkin x main kan peranan sbg suami tu..kalo dia nak berubah, boleh ajk wife dia berubah jugak..x kn x suka je cerai melainkan tu dah pilihan akhir..sekadar pendapat je..

IVORYGINGER said...

keadaan ini berlaku kerana kita tidak sedar akan erti bersyukur dgn apa yg ada. kenapa kita harus cari kekurangan pasangan kita setelah berkahwin n memperolehi ank. kenapa tidak kita melihat pd diri kita sendiri apa yg kurang??? cukup ke ilmu agama kita. cukup ke ilmu agama yg kita bekalkan pada ank isteri??? lg 1 kenapa tidak cuba terima pasangan kita seadanya. seandai ada yg kurang cuba la topupkan n bantu mana yg patut. contohi nabi muhammad. pengajaran lebih bermakna syukuri la apa yg kita ada. belajar hidup sederhana. sekiranya nk buat keputusan fikir panjang2x. jgn menyesal kemudian bila dah tlepas apa yg ada depan mata. plg penting kejar la akhirat dr kejar dunia.

kiera'sakura said...

baliklah ke pangkuan Ilahi... hanya Dia yg dapat membantu... :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers