CORETAN TERBARU NADH

Kadang bersuara itu perlu

Aku sejujurnya orang yang introvert. Macam pasif, tak menonjolkan diri, segan, pemalu, tak cakap dengan orang yang tak kenal, kurang keyakinan diri, tak berani bersuara. Mentanglah hari tu jalankan ujian personaliti kan. Terus mengaku introvert.

Tapi kadang bila sampai saatnya, kita perlu untuk bersuara. Aku yang jarang nak menegur secara depan-depan. Tetiba ada keberanian nak menegur. Kisahnya bermula begini;

KEADAAN SESAK DI DALAM COACH WANITA.
Ada pelajar UKM nak jugak sumbat masuk dalam tu. Sebab nak kejar bas pukul 7. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang.

Pelajar: Tolonglah masuk dalam sikit. (Sambil menolak dan menghimpit)
Orang tua: Tak boleh. Tak muat.

Aku diam je. Tengok je dia paksa jugak masuk. Aku hilang sabar bila makcik tu ulang cakap kaki dia sakit. Ada orang tua tengah berdiri di tengah terpaksa berhimpit jugak. Kaki aku dah nak kebas tak dapat gerak walau seinci.

Aku: Tolonglah jangan tolak-tolak. Kan dah nampak tak muat. Kesian kat orang tua tu. Tolonglah consider sikit!

Tapi diorang still buat tak tahu dan paksa jugak. Memang salah KTM sebab tergendala tapi takkan sebab kita orang lain susah? Tiket bas boleh beli. Budi pekerti mana nak cari? Tak ada kesedaran sivik. Kesian nenek tu tersepit di tengah-tengah. Aku pulak jadi geram. Kesimpulan, tolong jangan pentingkan diri.

Ps: Dia pun tahu pasal adab semua ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

12 comments:

Eera Shera said...

saya tak pandai marah. buat muka je tau kalo tak puas ati. tp kalo geram memang lepas abes la haha :D

reenapple said...

samalah aku.. aku tak suka nak menegur tapi kadang3 macam nk juga menegur bila tengok insiden macam di atas.. tapi aku diamkan je

at the end.. aku lak yang menyesal..=(

.........cP~ said...

Memang pun susah nak tegur orang tak kenal ni. Yang kenal pun belum tentu dapat tegur. Sudahnya selalu buat muka dan pandang pelik, hope dia sedar je. Huhu..

Gen2Merah said...

iya setuju.. bila kegeraman sudah menguasai diri, orang pemalu pun boleh hilang sabar untuk bersuara...

kdg2 benci orang yang suka pentingkan diri sendiri dan yang tak respek dengan org tua mereka.

sea_lavender said...

ade ke mcm tu ~ macam nk bersuara plak pd student tu, tak perlu kot mcm tu, hormat la org sikit~

cik Kartun said...

bila CK ilang sbr.. ilang sgla sifat malu.. habis ler mnusia tu kne tgur dgn suara lntang nieh huhuhu

Eza Boom Boom :) said...

kat tv selalu canang supaya bagi ruang kat orang tua kat pengangkutan awam. Ishh, mana budi bahasa ni. adehh.

S H I T E Q said...

sy pun x pndai bsuara. tp kalau dh jd mcm ni memg hlg sbr kot

Rozuan Ismail said...

ok fine.budak UKM.malu jap

Lea Isnawi said...

tak respek org tua langsung

aish

QasehSuci said...

selalu tgk situasi tu waktu nak balik bulan ramadhan, hujung2 ramadhan (nak balik kg)...dan waktu cuti umu...jenuh...

Nong Andy said...

ah.. teringat iklan kat tv baru-baru ni :)

budi bahasa budaya kita :)

*sentiasa cuba jadi org yg baik.. itu terbaik!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers