CORETAN TERBARU NADH

Penakut

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ramai orang tahu penakut adalah sejenis sifat semula jadi. Ia bukan boleh dibuat-buat. Aku mengaku aku memang penakut. Aku tak suka dengan cerita seram, saspen macam cerita hantu. Tapi kalau yang bunuh-bunuh tu bergantung pada situasi.

Tapi kalau suruh berjalan ke tandas pukul 3 pagi pun aku sanggup. Sebab aku tahu benda tu ada. Buat apa aku nak takut. Selagi tak nampak benda ghaib tu selagi tu aku tak takut. Bukan nak berlagak. Cuma kita terlalu dimomokkan dengan cerita hantu sejak kecil. 

Sampaikan orang sekarang lagi takut hantu dari tuhan sendiri. Itu realitinya. Bila jadi orang penakut selalu akan disindir. Itu perkara biasa. Tapi buat apa nak dengar kata orang. Lain orang lain sikapnya. Jadi jangan ada sesiapa nak ajak aku tengok cerita hantu. Memang sumpah takut! Kalau tengok mesti tutup mata, jadi membazir je kan?

Korang macam mana pulak? Penakut jugak? Oh ya entri ni terhasil setelah aku memaksa diri membaca kispen Nong Andy yang sangat menakutkan tu. Sumpah takut!

Ps: Dia aku lupa nak tanya pasal ni.

16 comments:

Faaein Talip Roy said...

tengok cerita hantu?

errr.. masa kecik2 dulu boleh lah..

memang tak ada rasa takut..

skang ni.. tengok keadaan la.. hehehe..

Unknown said...

aku g toilet x pernah org teman

Ce'gu JAERA said...

ustaz kata, adalah lebih kita takut kepada Singa daripada takut kepada hantu... renung2kan.. heee.. (",)

aamalinaazman said...

ohhhh
cenggini kene ajak kak ngah KERAMAT nanti
hahahahaaha :p

jaatnye opah
kekeke

Anonymous said...

same laa.. CK x suke tng0k cter hntu kt wayang..
wat bingit org sblah jerr.. xp0n CK ajak balik hehehe

rozeeta rashid said...

haha. takut jugak. suka bayang yang bukan2 bila dalam gelap. tapi tengok movie seram ok je. siap boleh gelak. sebab tengok dengan kawan2 kot. jadi berani pulak. =)

Zehan Ilyana said...

dulu2 masa umur 11 tahun saya mmg penakut..huhu

Anonymous said...

elehhh..hantu rasa lebat aq cabut bulu hidung dia,dh serik dh nk kacau aq..

Elly Jade said...

takut jugak cite antu..
gulp!!

Anonymous said...

Aq bru perasan..ada masalah typo masa aq komen td..ciss!
Malu nye...

Telurik=terestrial...
ni dipinjam dari bhs yunani.
Dlm entri aq,aq metaforakan sbg bumi.btol ke metafora?lantak la.ekekeekekek...bru la majmuk sikit...wakaakaka..
Ceit...cm kelas belajar bhs asing plak ni..
Lariiiiiiiii

Asyikin said...

SAYA PENAKUT LABAH-LABAH, SEKIAN TERIMA KASIH. HIHI

.........cP~ said...

Sama la kita. Saya suka tengok citer seram, tapi mesti tengok siang2 aje..haha

Nong Andy said...

Iffah :)

akhirnya iffah baca gak walau dlm takut :)

Aku: Takut nak buat kispen macam tu lagi hehe..

buat kispen tu mcm crita suspen dlm movie.. mungkin gambar patut remove hehe.. gambar tu keterlaluan.

Cik Pulau said...

kalau ai lalu nak gi lepak tepi sungai tgh2 malam.. ai mesti jalan laju2 kat tepi pokok buluh tu.. kat tmpat lain takpe je.. hahaha

Kira Sakura said...

kerana dari kecik dh dimomokkan dgn antu smpi ke besar la org kita nie takutkan antu berbanding Allah... hurm

Dayang Deno said...

deno masa kecik2 mmg penakut sbb slalu tengok citer hantu, bila da makin dewasa, tak takut dah... tidur pun sorang2 dalam bilik, bilik pulak paling jauh dalam rumah, kat belakang... tiap2 mlm mcm2 bunyi deno dengar tapi deno tahu itu mungkin kucing, biawak atau musang.. hihihi... (lebih baik fikir positive)

deno ada satu prinsip, kita tak perlu takut hantu sebab bila kita baca surah2 dlm alquran, hantu itu tentu ghaib. lebih baik kita takut manusia yang jahat seperti perompak sebab perompak nie dia boleh buat mcm2 kat kita... dia ada pisau, parang, pistol... jadi sangat bahaya... boleh mencederakan kita.. lebih baik takut perompak dari takut hantu...

tetapi yang semestinya kita takut ialah allah yang satu :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers