CORETAN TERBARU NADH

Kata-kata semangat itu perlu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya memang perlu. Sebagai manusia yang normal kita sangat memerlukan perhatian. Perhatian ini memberi keselesaan kepada diri sendiri. Tipulah korang tak nak perhatian. Even dengan adik beradik pun kadangkala berlaku situasi begini:

"Kenapa mak selalu bagi duit kat adik? Biarlah dia cari sendiri."

Tak pun situasi macam ni:
"Buat apa aku nak balik, mana ada siapa kisah aku ada ke tak?"

Pernah dengar dialog begini? Tak kan tak pernah. Jadi memang fitrah manusia yang normal. Kata-kata yang membuat kita bahagia apa? Tak tahu? Kalau aku, antara kata-katanya ialah:

"Seronok ada kawan macam kau,"

"Untung ada awak, rajin buat kerja. Mak tak ada pun boleh masak untuk adik-adik,"

"Tahniah, cerita awak buat saya menangis. Saya nak sangat bukukan cerita awak ni,"

"Blog awak sangat best. Saya suka gaya awak menulis,"

"Saya suka baca blog dia tiap hari,"

"Aku risau kat kau, kau degil sangat,"

"Kenapa nak rasa tak dihargai, kan kitorang ada,"

"Tak ada apa yang saya boleh bagi kat awak melainkan kasih sayang dan perhatian," *Okey ni tipu haha.

Korang mesti nak pujian, kata-kata semangat, kata-kata positif. Tak kiralah saat korang down ke apa. Tapi sebagai wanita yang normal aku rasa semua perasaan ni. Lagi-lagi hati tisu. Mudah menangis sekarang. Aku tak tahu kenapa. Patut makin tua makin matang. Emosi kadang kala perlu. Aku mudah terharu walaupun orang tu just cakap nice blog. Macam tak ikhlas kan? Tapi tetap aku suka. 

Kesimpulannya, kata-kata semangat itu perlu. Jangan kedekut nak bagi. Kita senangkan hati orang, insyaallah orang akan senangkan hati kita pulak. Senyum tak perlu kata apa-apa. Sekian. 
Post by,
Miss Ran 

2 comments:

aliarosli said...

ye, saya juga hati tisu

tak boleh orang marah

errr,betul uh

memang happy bila ada yang puji walaupun perli/terpaksa

shafinaz (: said...

Yup , memang perlu :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers