CORETAN TERBARU NADH

Lelaki kalah dengan perempuan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenapa? Ada yang sentap bila tengok tajuk entri ni. Aku nukan nak bikin panas. Cuma nak share apa yang aku baca kat fb. Malas copy paste. Aku buat ulasan sendiri. Nampak originalnya.

Kenapa lelaki boleh tewas walaupun mereka dikatakan lebih gagah. Jawapan senang je. Lelaki takkan sanggup mengandung dan beranak. Kecualilah orang putih. Mereka selalu nak langgar hukum alam. Lagipun baby nak keluar ikut mana kalau lelaki yang mengandung?

Tu orang kata kita ni jangan suka hati nak lawan hukum alam. Tengok bencana yang berlaku. Semua kerana manusia nak menunjukkan dia lagi hebat dari apa yang Allah dah sediakan. Kononnya boleh jangka tsunami. Boleh lawan takdir ke? Kan dah tertulis sejak azali. Manusia ni pun mahluk Allah. Ada hati nak lawan pencipta?

Sambung balik cerita. Selalu kita akan dengar dialog begini:
"Sayang, kalaulah boleh abang gantikan sayang masa lahirkan nanti. Tak sanggup tengok ayang menanggung sakit,"

Konon romantiklah tu. Tapi ingat sanggupkah bertarung nyawa demi sebuah kehidupan baru? Sanggupkah? Teman isteri bersalin pun takut. Cuba kalau betul-betul ditakdirkan yang tanggung sakit tu kaum lelaki. Macam man? Mesti ramai lelaki takut dengan perempuan. Mesti banyak kes rogol oleh perempuan. Mesti lelaki trauma. Mesti lelaki yang sibuk nak gugurkan anak. Mesti lelaki yang makan pil takut mengandung.

Cakap senanglah. Cuba buat tengok? Tapi berapa ramai wanita ditindas? Sedangkan yang melahirkan mereka ialah wanita juga. Kalau mak korang gugurkan korang, takkan ada kita semua di bumi Allah ini. Hargailah perempuan. Jaga maruah mereka. Jangan kotori mereka. Jangan ikutkan nafsu. Aku jua muhasabah diri.

5 comments:

cintailmu89 said...

errrr..tajuk tu..

aliarosli said...

yeah tue dia

penerangan yang mantap

macam mana akak olah entri?

aliarosli said...

ek? ade ke akak komen? tak dapat pon

spam kot, tak pasan

FIRDAUS HUSAIN / TUYUK said...

lelaki kalah kpd perempuan apabila nafsu tdk dpt di kawal...iman

FIRDAUS HUSAIN / TUYUK said...

lelaki kalah pd perempuan apabila iman nya tiada

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers