CORETAN TERBARU NADH

Haram jadah!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kotor blog aku yang pink mulus ni. Bukan apa. Aku selalulah berjalan-jalan cuci mata kat blog-blog. Terutamanya lelaki. Jangan tanya kenapa aku suka baca blog lelaki. Hehe bukan menggatal. Tapi entah. Yang tak bestnya banyak komen yang agak kasar bunyinya.

Contoh nilah. HARAM JADAH. Haram tu bukan ke benda yang kita tak boleh buat. Kalau buat dosa. Betulkan kalau aku salah. Lepas tu perkataan jadah. Dulu aku dengar jadah stand for sejadah. Betulkan kalau aku salah jugak. Jadi bila rangkumkan perkataan menjadi maksud sejadah yang mengundang dosa?

Aku tak tahulah kenapa suka sangat guna perkataan yang berupa cacian dan maksud yang musykil. Menimbulkan syak orang. Macam DAMN, FCUK, SHIT, BITCH, SIAL, SIOT, DOE(Aku tak tahu eja), What the hell, What the fcuk, langsi, siot, setan, lahanat, dan lain-lain. Itu je yang aku biasa tengok dan dengar.

Tapi alangkah terkejutnya aku bila perempuan tulis macam ni. 'Macam haramlah tempat ni' Apa yang haram? Ada babi ke? Oh aku tak tahu pulak penggunaan kata haram berleluasa dan mempunyai banyak makna. 'Haram betul budak ni' 'Internet macam haramlah hari ni'. Banyak lagilah. Adakah aku yang kuno?

Serius makin pelik dengan bahasa yang ada. WTF tu selalu aku dengar. Siap cari no plat macam tu lagi. Bangga sangat ke penggunaan bahasa baru anda tu? Sampai kadang aku pun nak tersebut jugak. Aku dah terpengaruh. Oh tidak. Ya Allah kau jauhkanlah aku dari perkara sebegini. 

PS: Aku bukan pura-pura baik. Aku ada jugak sebut What the heck is cooking right now? Hehe harap cepat-cepat hilang. Selalu cakap sengal, senget, bengong, gilo. Itu yang dah rapat jela=P Selamat Tidur semua.

3 comments:

Hakimi Reza said...

hye miss Ran,apa habaq,dh tido ker??

hohoho....bila Miss Ran bersuara....hahaa

cool

Muhamad Zulazwan Bin Chukop said...

komen yg mcm tu mmg tak sesuai di tulis oleh sesiapa pun...baik lelaki atau pun oerempuan...sebab dah terang n nyata bende tu tak baik kan...

-Yok mampir diluk = fixie bike untuk di jual..

Muslimah Optimis said...

tu la kan manusia zaman sekarang..kadang2 tak paham jugak kenapa budak2 muda zaman sekarang suka guna word macam tu??

nak tanya..
miss Ran blaja IPG mana ek???

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers