CORETAN TERBARU NADH

Kata ibarat pedang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tetiba aku tergerak hati nak post lagi. Panas betul isu hari ni. Malas komen pasal tu. Bukan apa. Aku tak setuju sangat tindakannya. Tapi kang aku pulak kena hentam. Macam aku cakap tadi. Hati-hati bila tulis entry. Setiap kata-kata kita dibaca orang lain. Bahaya bila-bila boleh datang.

Lupakan pasal tu. Aku nak share lagu nasyid kat korang. Lagu ni sangat banyak pengajaran yang nak disampaikan. Lagu ni dah lama. Tapi aku nak jugak share.


"kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan
kata-kata yang berhikmah menyedarkan kita
kata madah pujangga bisa menjadi pedoman manusia
jagalah bahasa kata kita jangan disalah guna"


Sengaja aku warnakan lirik ni biru. Bermakna lirik ni. Kata-kata kita ni lagi tajam sebenarnya. Sekali salah cakap, selamanya orang akan ingat. Jadi jauhi diri anda dari kata-kata kesat. Jangan asyik cakap sedap mulut. Maki bila marah. Babi, sial, laknat, celaka dan sebagainya adalah kata-kata yang selalu orang guna. Kalau BI lagi banyak. Nak aku senaraikan ke? 

Jadi jangan berkata ikut sedap hati. Ingat! Kita akan menyesal dengan kata-kata kita yang kesat pada akan datang. What you give you get back. Sekarang masa untuk kutuk orang. Kumpullah dosa dari sekarang. Korang tak takut neraka kat? Tak takut hukum Allah kan? Jadi silalah berbuat dosa dengan kata-kata lagi. Diam itu lebih baik=)

1 comment:

aDisH.sHidA said...

xde button like FB ke...aduuuuuuuus baru nak like entry ini...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers