CORETAN TERBARU NADH

Kegagalan aku, kau dan semua

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku nak menaip. Mungkin sebab terdengar luahan hati seseorang. Yang dulunya aku pernah lalui. Siapa tak pernah gagal kan? Tapi selalu orang kata gagal sekali tak selamanya gagal. Adakah kata-kata itu cukup membuatkan hati si gagal meneruskan perjuangan?

Macam mana aku kata tidak? Bantah? Silakan. Aku tak menidakkan kebenaran kata-kata tu. Cuma aku tak suka orang cakap benda yang sama. Yang orang dengar rasa lapuk. "Kau cakap senang" atau dia akan terdetik dalam hati "Tiru ayat dalam buku bolehlah"

Situasi begini kita memerlukan bahu untuk bersandar. Kita nak melampiaskan rasa kecewa. Bukan nak dengar jawapan standart. Kadang aku rasa kata-kata yang menyedapkan hati adalah lebih baik dari menggunakan ayat lapuk.

Bila kita dah alami kegagalan tu pasti kita rasa apa yang dia rasa. Itulah pentingnya empati dalam diri. Bukan simpati. "Kesian kau. Nanti cuba lagi okey?" Simpati je? Kalau aku pun aku bebel dalam hati. Kata-kata yang bisa menyejukkan amatlah diperlukan.

"Oh aku pun pernah rasa apa kau rasa. Memang malu, sedih. Tapi aku buat lagi sekali. Tengok sekarang ada dah berjaya. Kau kena kuat. Macam aku. Dulu aku lagilah. Banyak dari kau. Kau patut buat macam ni. Belajar dan tengok apa yang silap" Sambil kita berdiri di tempatnya sambil tu kita menasihati dia.

Aku terfikir entry ni sebab kawan aku, dia failed JPJ Test. Bukit. Ya aku tahu. Aku pernah gagal. Bukan satu tapi dua. Bukan bukit je tapi jalan raya jugak. Dua kali aku ambil dua kali aku failed dua bahagian. Tapi aku ambil jugak kali ketiga. Duit memang banyak melayang. Bukan duit aku pun.

Tapi tengok hasil sekarang? Aku boleh memandu sendiri dari rumah ke Melaka. Aku boleh bawa kereta besar yang memang aku tak pernah impikan. Cuma satu je aku terkilan. Lesen motor aku tak berjaya jugak. Failed titi. Tu pun dua kali jatuh titi. Masa tu aku rasa aku adalah orang yang gagal.

Test motor gagal titi lulus jalan raya. Test kereta sekali. Gagal bukit gagal jalan raya sebab simpang dan mati enjin. Test kedua motor gagal titi aku putus asa. Test kereta gagal bukit gagal jalan raya hampir masuk longkang sebab aku lawan kata orang jpj. 

Aku ingat aku loser. Aku tak nak ambil test sebulan. Aku ambil 4 jam untuk belajar kereta lagi. Cikgu tu garang. Marah je kerja. Tapi aku berjaya. Last word kat cikgu tu ialah terima kasih cikgu. Itulah kata-kata ikhlas seorang loser kononnya.

Apa yang aku nak kongsikan adalah korang jangan cepat putus asa. Memang ada hikmah sebalik kejadian ini. Memula memang aku salahkan takdir, salahkan orang jpj yang tak bertimbang rasa. Salahkan cikgu yang ajar 16 jam sebab aku gagal 2 kali 2 bahagian. Tapi sekarang aku bangga aku ada lesen full. 

Aku tak nak tampal sticker P lagi. Orang kata kalau dia bukan P pun dia nak tampal sebab kalau dia buat salah orang takkan marah-marah. Orang faham dia budak baru dapat lesen. Bagi aku nilah kebanggaan aku. Perit nak dapat kebahagiaan ni. Aku bangga hasil kegagalan aku ni aku boleh pergi ke mana aku suka.

Jadi korang, gagal sekali tak bermakna kau loser. Teruskan berusaha dan usaha dan usaha. Allah sedang merencanakan sesuatu untuk korang =). Kalau aku tak gagal hari tu tak mungkin aku akan hargai sebuah kejayaan=)

2 comments:

Sunah Sakura said...

takot lak nak amek lesen...

Unknown said...

tak bermakna gagal selamanya kan

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers