CORETAN TERBARU NADH

Tips pemakaian ke bazaar

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hoho aku baru balik bazaar tadi. Disebabkan adik bongsu aku yang manja tu teringin sangat nak pergi bazaar ramadhan. Jadi aku sebagai kakak yang baik membawanya. Sekali boleh pulak pergi pasar malam. Grrr sengal punya adik. Tapi kami shopping sayur dulu. Lepas tu baru pergi bazaar sebenar.

Masalahnya pemakaian amatlah tak sesuai nak pergi bazaar. Aku ingat nak balik Melaka terus. Jadi pakai agak beria. Apa? Skirt labuh, cardigan panjang. Oh sungguh rimas dan panas. Nanti adalah yang kata aku beria macam nak pergi shopping mall. Jadikan ia pengajaran. Aku nak bagi tips ni.

1. Menutup aurat.
Ehem terasa. Ni memang pergi mana-mana kena. Ini tidak. Awak mengandung. Pakai baju ketat tersembul perut besar tu. Tak malu ke? Yang lain pun sama. Jangan kata perempuan. Lelaki pun. Seluar jangan atas lutut pulak.

2. Santai.
Maksudnya jangan nak melaram bagai. Okey aku terasa. Pakai simple sudah. Kalau boleh elak pakai baju kurung atau segala jenis pakaian berbentuk kain. 

3. Tidak tebal.
Aku pakai dua lapis. Mahunya tak panas tadi. Tak tebal maksudnya baju sejuk ke sweater ke dilarang sama sekali. Panas weh.

4. Serap peluh.
Baju sangat penting. Kalau tak serap peluh, kita nak membeli pun tak selesa. Rimas.

5. Bau busuk.
Jangan pakai baju yang dari pagi tak tukar-tukar. Sangat busuk okey. Macam tadi dia angkat tangan je da ada bau semerbak. Adoi kurus pahala aku hari ni.

Okey itu je tips dari aku. Korang boleh tambah ye. Memang membeli ikut nafsu tadi. Adik aku punya pasal. Otak-otak, kebab, pulut panggang, cendol, air tebu dan segala jenis sayur berdaun.

Ps: Dia minta maaf. Apa patut aku buat?

19 comments:

Unknown said...

adik..biasalah..jika perkara ne berlaku kt tqa, cakap kat adik tqa lain kali jangan buat lagi..hahaa..

~Kirin Selama Perak~ said...

jangan nak mekap tebal2..
kan bazar tu panas..
nnt cair lak mekap tu
muahahaha

Elly Jade said...

thanx for the tips..hehe
akak dpt bayangkan ipah mesti pakai cardigan ek/hihi


siapa dia tuuuuuuuu

Unknown said...

ko konon2 nak bergaya la tu gi bazor pakai baju berlapis

1 said...

haha..bau semerbak tu..ish..ish.

FaKArePa!n said...

SAYA SELALU X BUAT TIPS Y PLING LAST TU..HIHIH

aiman said...

nice tips..

Ked said...

sokong2..sy ni niage kat bazar ramadhan ari2 nk gelak tgok dress up orang yg cm ruse masuk bandar..haha

latest post:
http://dearked.blogspot.com/2011/08/nak-sambung-sket-entry-cik-epal-boleh.html

Anonymous said...

haha.saya gi bazar pakai paling sempoi kot.sarung jubah.sarung tudung indon.siapp! haha

azma azhar said...

Hehe. makeup tu x blh nk elak ! huhuhu :D

sudi ke sini kiranya :D

http://mystellamia.blogspot.com/

Lea Isnawi said...

maafkan lah die

xelok bergadoh2 di bulan pose neh..

Rean said...

ramai buat entry psal ni, iMBobo tak pergi pun bazar, so tak tahu keadaannye mcm mana hehe tp memang kena patuh tips pemakaian ni hehe

K said...

hehe, nak otak-otak :P

aamalinaazman said...

hihihi
tu makanan tu...kak ngah yg punye sume ke?
aiyaaaak..hehehe

Luqeem™ said...

pakai ala muslimah cukup dah..tp jgn terlalu berfesyen.

Anonymous said...

tips pertama paling penting.

maafkan saja. memberi kemaafan itu lebih mulia daripada meminta kemaafan.

Cik Pulau said...

betol.. pakai suar track, tshirt,tudung, selipar jepun. dah la.. hahaha

Sunah Sakura said...

adohhhh...i taram je jubah...

Munn Jaafar said...

tips no 1 dan 2 mcm xselari je....sepatutnya kalau btul2 menutup aurat,pmpn mmg kena pkai kain, xboleh pkai seluar.

jgn marah ye =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers