ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dia merenung ke dalam kedai.
Tiada apa yang menarik untuk dibeli. Kasut idaman masih belum dijumpai. Segera
dia memalingkan mukanya ke arah jalan bertentangan. Lelaki itu asyik
memerhatikannya. Rabiah kaget seketika.
“Stalker?” Dia gerun. Lantas mempercepatkan
langkahnya. Izuddin tersengih sendiri melihat gelagat gadis itu. Lama sudah
dia tercegat memerhatikan lagak seseorang yang istimewa di kaki lima deretan
kedai.
“Akan aku miliki hatimu wahai
gadis misteri,” Izzudin pantas meneruskan perjalanannya. Kerja di KLCC
membuatkan dia lebih gemar membawa motorsikal. Senang nak bergerak. Kota raya
sentiasa sibuk dengan kenderaan pelbagai rupa dan warna.
Xxxxx
Tali leher dilonggarkan sedikit.
Dia letih. Kerja mula menimbun. Entah mengapa fikiran masih menerawang
mengingatkan gadis misteri itu. Dia tahu hatinya sudah terpaut. Kini hanya
menanti hari untuk dirisik. Mana tahu gadis itu kepunyaan orang.
“Janganlah jadi bini sesiapa
lagi!” Izzudin segera memejam mata. Dia amat berharap.
“Oit Din! Apasal kau ni? Kena
sampuk?” Azhar ketawa berdekah.
“Amboi tak sayang mulut ke? Aku
tengah merindukan seseorang ni,”
“Mulalah nak berangan tu. Kau
baru 25. Rilekslah!”
“Zar, aku tak kisah umur. Aku
memang nak kahwin sekarang. Hati aku dah terisi kau tahu?” Izzuddin tersenyum.
Azhar menggeleng. Dia malas memikirkan soal itu. Baginya bujang itu sangat
seronok.
“Kau kenal ke dia tu siapa? Entah
bunian mana yang kau tengok tu,” Izuddin sengih.
“Entahlah. Tapi aku yakin dia
manusia. Esok aku nak usha dia lagi. kalau dapat maklumat pasal dia bolehlah
aku terus meminang,”
“Kau serius? Terus meminang?
Agak-agaklah angau pun. Kenal pun tidak,” Azhar sengaja berkata begitu. Dia
risau tentang sahabatnya. Yang terlalu ghairah untuk menikahi seseorang yang
tak tahu asal usul.
“Ya apa masalahnya? Kau tunggu
jelah khabar baik dari aku Zar! Itu janji aku,”
Tekad sungguh Izuddin. Azhar
tergamam. Dalam hatinya hanya berdoa yang terbaik. Betullah orang kata apabila
cinta mendatangi kita, semua jadi kabur. Yang nampak jelas hanyalah cinta.
Xxxxx
Suara panggilan emaknya
diendahkan. Rabiah masih berguling di atas katil. Rasa malas semakin terasa.
Tadi sibuk berjalan mencari sepasang kasut. Prom night di akhir semester memang
dinantikan. Maklumlah setelah lama bergelumang dengan buku semata-mata.
“Biah!!!” Suara kakaknya pula
memukul gegendang telinga. Nak tak nak dia melangkah lemah ke muka pintu.
“Ada apa?”
“Makanlah. Kenapa dari tadi
berkurung je? Nak jadi katak bawah tempurung ke apa?” Rabiah mengeluh.
“Apanya? Apa kaitan katak? Orang
penatlah. Nak betulkan segala urat berselirat,”
“Eloklah tu. Belum kahwin dah
berselirat. Kang beranak susah,” Ketawa Madihah.
“Kak Di, orang tak larat nak
ketawa. Cakap kat mak orang diet okey?” Sengihan tak ubah seperti kerang busuk.
Lantas Madihah menutup pintu. Malas dia melayan adiknya seorang ni.
“Argh penatnya!!!” Rabiah
menggeliat. Letih teramat. Lupa dia seketika tentang lelaki yang
memerhatikannya petang tadi.
Xxxxx
Suasana rumahnya meriah. Ramai
yang datang. Rabiah hanya melemparkan senyuman dan menghulurkan salam. Baginya
adab sopan masih utama. Walau dia rimas dengan kehadiran tetamu.
“Biah, buat air untuk tetamu ni,”
Lambat dia pergi.Malas bukan main. Entah siapa
tetamu emaknya kini. Hati mula rasa serba tak kena. Ya, lelaki yang dikenali
ada dalam kalangan mereka. Siapa dia? Kenapa dia di sini? Semuanya berlegar
dalam otaknya. Namun, persoalan terpaksa dikuburkan melihatkan isyarat emaknya
yang masih menanti air. Segera dia menyelesaikan tugasnya.
Air ditatang ke depan. Tangan
menggigil, peluh mula lahir di celah-celah liang roma. Dia takut. Pandangan
lelaki itu sungguh tajam umpama sebilah pisau menanti mangsa untuk ditusuk.
“Hah, Biah lama sangat buat air.
Kesian tamu ni,” Ketawa mula kedengaran. Rabiah malu.
Segera dia melemparkan senyuman dan
lari ke atas. Bimbang tindak tanduknya gagal disembunyikan. Rasa yang berbaur
mula memenuhi segenap ruang fikiran.
Pintu ditutup rapat. Air mata
mula mengalir. Entah apa sebabnya. Jiwa perempuannya terhiris. Mungkin hanya
kerana sepasang mata sang teruna. Segalanya kacau bilau. Mata terlelap tanpa
dipaksa.
Xxxxx
Akad nikah telah dimeterai.
Akhirnya, mereka bersatu. Rabiah berjiwa kelam. Segala yang terlaksana terlalu
pantas baginya. Kadang dia sendiri tak memahami apa kehendak hati. Namun,
apapun tak boleh dipatah balik. Dia kini milik Izzudin yang sah. Tiada apa yang
perlu disesali.
“Assalamualaikum,”
Tersentak lamunannya. Lambat
sekali dia berpaling. Debar kian terasa. Alangkah terkejut Rabiah melihatkan
suaminya benar-benar dekat dengannya kini. Malu menyerbu muka. Merah!
“Kenapa tak jawab salam abang?”
Sengih.
“Dah jawablah!”
“Bila?” Izzudin mendekat lagi.
“Dalam hati,” Geram. Takut kian
terasa.
“Okey, alasan tu abang terima.
Setiap kata yang lahir dari mulut isteri tercinta indah je abang dengar,”
Zap! Tangan melingkar di
pinggang. Terkejut bukan main Rabiah. Dia tak sedar bila masa Izzudin mengambil
kesempatan begitu sekali. Kini degupan jantung mereka bersatu. Memang sudah sah
suami isteri namun malu tetap terasa.
“Eh! Apa dia ni suka hati peluk orang?” Kata-kata
isterinya membuatkan Izzudin ketawa berdekah-dekah. Pelukan dileraikan serta
merta. Muncung mulut Rabiah diketawakan begitu sekali. Sekali lagi dia
terpanar. Melihatkan wajah gembira suami membuatkan dia begitu damai.
Seolah-olah tak mahu masa ini pantas berlari. Ingin saja dia bekukan wajah
suaminya sampai bila-bila. Rabiah senyum.
“Rabiah, sorrylah. Abang ingat
bini abang tadi. Rupanya perempuan mana entah abang peluk,” Sindiran gurauan.
“Tak kelakar okey!” Geram.
“Alahai merajuk pulak. Baru beberapa
jam jadi isteri abang dah merajuk. Kalau berpuluh tahun akan datang macam mana
ye?”
“Entah!” Dia malas layan. Segera
mengambil tuala. Dia ingin membersihkan diri. Kekok Rabiah berlama-lama di
dalam bilik pengantin. Berdua dengan suaminya pula. Tangannya ditarik serta
merta. Izzudin memandang redup.
“Sayang kejap!”
“Kenapa? Orang nak mandi. Melekit
tau tak?”
“Kejap je. Sayang tak nak tanya
kenapa abang pilih sayang? Kenapa abang nak sangat nikah dengan sayang? Kenapa
abang tak nak tunang dulu? Kenapa abang tak nak contact sayang semasa
persediaan perkahwinan kita?”
Rabiah terdiam. Beribu persoalan bermain di
mindanya. Cuma malu nak luahkan terlebih dahulu. Dia hanya memandang semula
suaminya. Mukanya mengharap seribu penjelasan.
“Abang pilih sayang sebab Allah
dah takdirkan abang jumpa sayang masa kat bandar dulu,” Senyum.
“Abang dah tanamkan dalam hati
abang. Abang nak nikah sayang walau apapun dugaan yang mendatang. Lagipun,
istikharah abang membuatkan abang yakin dengan pilihan hati abang selama ni,”
“Tapi orang…”
“Syyyhhh…Abang dah nekad. Abang
nak kita bercinta lepas kahwin. Abang nak isteri abang rasa kehangatan cinta
secara halal. Abang tak nak cinta kita disulami nafsu semata. Abang takut kita
berdua terjerumus dalam lembah maksiat yang sangat menggoda. Takut sangat!”
Usai kata-kata akhir dari Izzudin, Rabiah terus mendakap erat. Lama.
“Eh dia ni suka hati peluk orang!”
Terasa disindir. Namun, ketawa keduanya pecah berderai. Semoga bahagia milik
mereka selamanya. Cinta selepas kahwin indah jika kita ikhlas dengannya.
THE END
Nota Iffah: Khas buat kembar aku yang dilamun cinta. B, ni hadiah hari jadi untuk 15.2.2012 nanti. Aku roommate yang baik kan? Hehe korang harap terhibur. Amatur menulis memang tak setanding dengan penulis berpengalaman. Ini suka-suka. Korang tak rasa ke hari ni entry aku jiwang-jiwang belaka?
Ps: Dia muncul jadi ANON.
23 comments:
seronok ny jd rabiah! ^_^
sweetnya...hahaha
best nyew!! romantik gitu...untung biah dapat din..hikhik :D
menarik ;)
mmmm..... ada peningkatan... trskan usaha....
Iffah Afeefah = juwong!
hehehehe
tapi ttp besssttt :))
hihiho tersenyum2 CK bace.. :D
nice.. sweet sgt
best siot...
beruntung kita ada laki macam abg izzudin..kau hado??ehhee
sweet.. nak cinta lepas kahwin jugak lah..hehehe
buuuuuu
-dia-
Untungnya rabiah dpt hasben camtu..... Kalau dapat kene jaga elok2....
Wahhhh ipah!!!menarik seyh...!!!
Nanti kalo ko bsara jd cikgu,aq ambik ko jd penulis kt syarikat aq..ekeekekek..mcm la ada syarikat.
best la izzudin. haha.
matlamat yg tetap akan mendatangkan hati yg cekal. :D
perasan...jiwang2 sepnjg hari...heheh
auwwwwww suka suka suka... suka sgt ... serius :D
Euuwww... yuu..
memang skang ni jiwang2..
dah sampai seru ke yu..
hikhik.
oh ko dh jd penulis cerpen ye skang ni
hehehe... itu dia! cerpen dah mari :)
Anda telah ditag :)
http://sayebuatblogini.blogspot.com/2012/01/pictures-of-year-2011-contest.html
indahnye kisah ni . . . . . . . .nak jugak, . . . . . . . bahagianye dia, . . ermm :)
bestnya crite ni :) hebat.
wah kan best kalau semua lelaki fikir macam tu ..
so sweet ~
Post a Comment