ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku sangat geram. Aku geram sampai rasa nak pecahkan cermin kedai tadi. Aku sebenarnya keluar berdua dengan adik aku. Duit memang cukup-cukup. Sebab aku dah belanja macam-macam masa pagi tadi. Kakak aku janji masukkan duit tapi sampai petang duit tak dapat. Dia kata Maybank ke BSN lambat.Jadi sampai kat Giant kitorang memang bajet betul dengan modal. Memang lega sebab amanah ibu dah dibeli.
Sampai je kat kereta boleh pulak alarm kereta tak ada bateri. Kitorang cuba pelbagai gaya tak dapat. Sampai berbunyi alarm kereta. Terus telefon ayah. Lama cuba akhirnya senyap jugak. Ayah dah suruh beli bateri kat kedai jam. Aku pun cepat-cepat patah balik. Sekali harga bateri RM 12. Kami mana cukup duit. Nak keluar duit BSN memang tak dapat. Bukan boleh keluar kurang RM 50. Maybank ada beratus pun hampeh sebab kad bank aku tak ada selagi IC tak buat.
Okey aku gelabah cari duit. Sampai syiling pun kami kumpul. Ada RM 8. Aku suruh kasi kat budak kedai tu. Kata ada masalah sikit. Ambil kunci bukak kereta. Korek-korek jumpa RM 2. Sadis kan? Mujur aku ada call ibu suruh datang. Tu pun lepas kena bebel. Kami ke yang salah? Kami menjalankan perintah. Duit yang guna semuanya duit aku yang seciput. Mana nak datang duit lagi? Lepas bayar budak tu pulangkan baki syiling. Berlagak dengan TAB dia. Siap jawab call depan kami. Hello, buat malu je jawab call guna TAB gabak tu macam telefon biasa. Dia lupa kot saiz TAB besar mana.
Tapi serius. Orang hanya memandang. Ingat kami ni sengkek sangat ke? Aku bengang tengok sikap manusia yang ada. Selamba tengok macam tak ada apa jadi. Kurang RM 2 je pun. Takkan kitorang nak menipu pulak. Dah siap bawak kunci kereta. Takkan pakai kereta curi? Semua prejudis. Aku pun tak nak mintak tolong dengan orang sebegitu. Hanya mampu memandang. Kalau dia susah? Tengoklah berapa ramai yang hanya memandang je. Moody~~~
Ps: Pesanan buat dia dan yang lain, jangan lupa sediakan duit kecemasan walaupun pergi kedai dekat dengan rumah.
21 comments:
Pnh jd gak lbh krg cmni. Mmg myedihkan
sabar2...prejudis manusia tu biasa.banyak kali rasa pengalaman berhaddapan dengan manusia cmtu... apa boleh buat sabo je la... :)
sabar ye. :)
kalau aku jumpa org dlm situasi tu.. apalah sgt RM2.00, aku sanggup bagi sedekah.. it not about money. it bout helping other people who needed kan?
belagak dgn tabby ceh.. that funny!!
* hari ni hari iffah.. esok lusa mungkin hari dia.. masa tu tau la langit tu tinggi ke rendah.
jangan ingat org sekeliling akan membantu kita.. mereka lagi pandang serong adalah..
pengajarang : bawa duit spare walau xnak beli apa2 skalipun. Nanti emergency senang
terasa susahnya akak hari ni..
btw, pengalaman ni beri pegajaran unt masa akan datang.
berbagai jenis mnusia kat luar tu,
jd kita msti bersifat optimis k.
~mesti senyum tau bila masa komen ni ;)~
saya faham sebab saya pernah rasa juga..huhu
normal la manusia.. ada yg nak berlagak.. huhu.
sabar3.. mungkin hari ini hari kau.. esok pula mungkin hari dia.. kita tak semestinya berada di atas sentiasa..=)
akk xpnh jd gni lagi..sllnya msti slh seorang ada duit spare..:)..xpee sbr la k..kdg2 ni org xtau situasi kita kan?hee
pss : ikan bakar tu ala2 alai gak tu..hee..ada stong bakar lagi..akk 1st time mkn sn..:)..sekolah ok..akk ngah cuti seminggu...ehee
hmmm... sikap macam tu... xelok...
nanti masa2 depan jadik kat diri sendiri baru pakat merasa... tak jadi kat diri, jadi kat anak2 pulak... 'buat baik dibalas baik'
itulah manusia~ macam2 hal... hidup bukan untuk diri sendiri tapi untuk orang lain juga
asal tak kol,leh je sy datang lor.hhehee
#cool.pengalaman berharga tu iffah^^
budak tu tak tengok masalah orang tengah hadapi. ish.. teruk je. At least la dia tolong dulu, then iffah g balik rumah dulu ambik duit baru bayar. Selesai je masalah.
tapi itulah, berapa ramai yang jujur kan? risiko kepada peniaga jugak..
Eza selalu bawa duit spare RM10 je :P
pernh berlaku pada CK jugak. terasa malu sgt p0n adew. =.='
tak suka betul org2 yg suka bg pandangan sinis ni..-_-'
sabar jela..
kenapa tak pergi buat loan kat AAM Bank . kih kih kih
ai ni cepat gelabah,..
ai taktau reaksi ai masa tu camne..
mesti kalut giler..huhuhu
kalau berada dalam situasi macam ni baru kenal mana orang mana insan...
*ambil iktibar dari cerita ni..
sabar k. selalunya, transfer duit dr bank lain, ambil masa 3 hari waktu bekerja taksilap
sabar je la manusia macam ni..
sombong camtu tak kemana der..
penah jugak bawak duit bajet camni, mmg takut2 je nak amik barang..siap kira sendiri lagi..huuu~
alahai kesian ifah... sabar je la kan ifah.. semua yang terjadi mmg kita tak sangka... lepas nie deno akan bw duit kecemasan...
laaa sabar je la.. peringatan untuk akak klu nk kemana-mana bwk duit lebih... thanks sbb ingtkn akak
Post a Comment