CORETAN TERBARU NADH

Pstt takut tak?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tak tahu apa yang bersarang dalam kepala otak para blogger. Ni aku nak tanya, korang tak takut ke saham korang kat akhirat tu? Apa tak? Kalau tak goodbye. Tak ada kudrat nak bagi nasihat. Nak tampar haram pulak bersentuhan. Ye dak?

Ni aku bukan nak panas sebarang. Cuma nak ingatkan para blogger dan juga diri sendiri. Aku siapa nak nasihat orang. Baru setahun jagung. Tapi sebagai orang Islam. Yang juga blogger. Aku nak bangkitkan isu saham. Kita menulis kat blog mesti ada orang baca punya. Paling kurang kawan-kawan kita baca.

Tapi sedar tak kita entry kita tu mengandungi unsur lucah, kata-kata kesat, ajaran sesat, salah fakta. Semua yang menyumbang kepada perbuatan salah. 

Misal katalah, aku post cerita cinta. Dalam cerita tu aku tulis pakwe makwe pegang tangan lepas tu rasa kejutan elektrik. Dia suka sangat couple. Diorang bercium lepas tu ringan-ringan. Lepas tu? Fikirlah sendiri.

Agak korang apa pandangan pembaca bila baca cerita aku? Mesti diorang kata, 'Teruknya.' Tu bagi yang dah boleh bezakan baik dan buruk.

Yang mana tak matang dan masih tak kenal dunia akan kata apa? 'Oh bestnya pegang tangan. Apa rasanya ye? Orang kata seks tu nikmat. Betulke? Nak trylah'

Tengok. Kau dah ajar benda tak elok kat diorang. Ingat nak bagi pendidikan seks pada kanak-kanak ke? Sebab benda macam nilah diorang nak tahu. Bila diorang nak tahu diorang akan buat. Bila diorang buat diorang suka. Bila suka diorang akan buat. Akhirnya jadi sampah masyarakat yang dicemuh.

Masyarakat kita bila dah jadi baru nak bising. Maki-maki. Tunding jari sana sini. Tapi sedar tak sedar kita juga puncanya. Dedahkan boleh tapi kenalah bagitau kontranya. Jangan kata. "Seks best dik. Tapi kau kecik lagi. Dah besar kau akan tahu,"

Korang memang berani post sesuatu yang lucah kat blog. Post kata-kata makian kat blog. Tapi sedarlah yang banyak mata memandang. Kalau berlaku kes budak kecil merogol rakan sebaya, kau rasa nak salahkan siapa? Bila tanya, budak tu jawab, tu kat internet banyak cara-cara. Video ada. Bertulis ada. Dunia hujung jari kan?

Buatlah sesuatu. Takut korang menyesal dikemudian hari. Semua benda ada hadnya. Kita ada agama. Kita ada pegangan. Tepuk dada tanya iman. Adakah pahala yang ada cukup untuk bekalan. Nak ke kita saham blog yang negatif dibawa ke sana? Sekian.

2 comments:

fRaMe+LenSeS said...

Nadh suka apa y kamu ketengah kan. :) terbaekkk

Sunah Mohammad said...

hanya iffah yang nampak maksud tersirat di sebalik entry blog kuning tadi... thanks!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers