CORETAN TERBARU NADH

Tak ada benda yang perfect dalam dunia ni

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku terbaca komen seseorang di FB. Menarik ayat dia. Tak ada benda yang sempurna. Sungguh. Manusia yang sempurna hanyalah Nabi Muhammad S.A.W. saja. Korang jangan main sembarang guna perkataan sempurna tu.

Macam lagu ni,

KAU BEGITU SEMPURNA
DI MATAKU KAU BEGITU INDAH...

Kan? Kata makwe dia sempurna. Bila clash kata dialah paling teruk. Adakah? Err lupakan pasal lagu tu. Aku cuma nak korang cari benda yang korang rasa sempurna tu. Kalau jumpalah. Sebab memang takkan ada.

Macam kita jugak. Kita takkan sempurna tanpa pemilik tulang rusuk kita ni. Bagi yang lelaki tulang rusuk yang hilanglah. Jadi nampak sangat kita tak sempurna. Jadi jangan nak ingat anda sempurna sangat. Sudahlah perasan diri sempurna.

Bak kata orang tu lagi. "Sedangkan pensel pun ada pemadamnya." Bila mana pensel membuat salah dan pemadam akan memadamnya. Begitu juga kita berpasangan. Bila suami salah isteri tegur. Bila isteri salah suami pulak tegur. Barulah harmoni. Ni tak main tengking-tengking. Benda tak selesai kan?

Jadi hargai korang punya pemadam. Tanpa si pemadam hidup korang takkan sempurna. Kecualilah jodoh korang sudah menanti di syurga. Jadi jangan mengharapkan yang sempurna kerana tiada yang sempurna. Jadi kalau nak mengorat boleh guna ayat ni.

SUDIKAH AWAK JADI PEMADAM UNTUK PENSEL SAYA?

13 comments:

daiaziz said...

sy nak jd liquid paper utk pen.;)

msredcheesecake said...

msred da ada pemadam, eh pensel..eh. mana2 lah...hheee tapi rasanya msred pemadam sebab msred lagi baik...

deeya said...

kalau perempuan pulak kene tnye cmnie eh "saye nak jadi pemadam utk pensel awak boleh ?" .. auuuw ! sweet laa miss ran =)

biela bell said...

memang tak ada benda yang sempurna dalam dunia even manusia sndri..setuju dgn entri nie..hanya Pencipta kita sahaja yang Maha Sempurna.. :)

~..Lesung Batu..~ said...

hahaahaha comel~ kalo dak gemok takleh jadi pensel la kena jadi pemadam..pensel kurus sgt..kekekeke

mas saari said...

betul tu...nobody perfect!

K said...

saya pakai pen, sudikah anda jadi liquid paper? haha XD

p/s : mengarut jap, hehe :P

Unknown said...

tp nk cri mr pemadam y ssuai tuh payh la sgt2 hahaha

~Kirin Selama Perak~ said...

*offline*

aamalinaazman said...

heheh..suke!
okeh..cam roti dengan pinat bater!
hehehe..=))

AlongUsop said...

dulu wa ade pensel, tapi wa slalu jadi pen.. so, pensel pon blah la..

fRaMe+LenSeS said...

waahhh.. ati manyak munga2 la baca ini entry.. lalalala~`

Cik Pulau said...

lalala~
bila bercinta.. sumenya perfect di mata.. sedangkan kentut pun boleh cakap wangi..

bila dah clash, perfume sebotol pn boleh kata bau kambing.. tak ke haru..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers