Aku tetiba teringat lagu ni. Sejak roommate balik. Sunyi pulak duduk sorang. Tu terfikir macam-macam tu. Bukan apa. Aku ada pementasan sketsa khamis hari tu. Aku masuk nasyid je.
Nilah lagu yang aku dan kawan-kawan nyanyikan. Lirik dia betul-betul meresap ke jiwa. Orang sekarang mana layan nasyid kan? Sebab tu lecturer pilih tema islam dan nasyid untuk tugasan semester ni.
Isnin ni ada teater islamik. Tajuk teater kitorang Dosa Semalam. Roommate aku yang tulis skripnya. Disebabkan teater tu aku berjaya bukak muka buku yang ketiga. Untuk jadi watak Daniel si kasanova.
Aku suka teater kali ni. Sebab inilah yang kita takuti. Derhaka kepada ibubapa kerana cinta dunia. Cinta yang takkan ke mana. Akhirnya ke lembah derita. Pabila dah terlanjur barulah terhegeh meminta keampunan. Yang aku gusarkan jika pelaku dosa tetap tidak mahu bertaubat kepadaNya.
Risau sangat. Ya Allah bantulah mereka yang khilaf. Semoga mereka bisa bertaubat dan kembali ke jalanMu. Bertaubatlah. Sebelum ajal menjemput kita semua. Sekian.
Ps: Dia dan sesuatu.
Ps: Dia dan sesuatu.
Published with Blogger-droid v1.7.4
6 comments:
orang dah jarang dengar lagu nasyid melainkan mereka yang masih ada segumpal daging bernama hati...
nasyid just sekadar music,,..
yang penting isi dan dakwahnya..
salam iffah...bertaubatlah selagi kita masih mampu bertaubat semoga taubat kita diterima oleh Allah SWT...:)
semoga mereka2 itu kembali ke jalan Allah.
**suka nasyid jgak..menenangkan jiwe raga :)
lagu ni sgt bermakna, harus difahami dgn baik bkn stkat didengari sj
p/s : terjumpa blog ni kt blog Dapur Tanpa Sempadan, rupenyer collegue mate :)
mendoakan semua. dan mendoakan diri kita sendiri juga agar tidak tersasar ke jalan tu. cinta itu fitrah, tapi fitrah itu perlu diletakkan di tempat yang bawah, selepas cinta2 yang lebih utama
Post a Comment