ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Senyumannya mati tiba-tiba. Lama mata terpaku pada susuk
tubuh yang amat dikenalinya. Tunangnya! Menjadi tunangan tanpa rela membuatkan dia tak
bahagia. Sehinggakan benci makin bertambah-tambah.
“Assalamualaikum,” Ujar lelaki itu. Senyuman manis
dihadiahkan namun tiada balasan dari Tasnim.
“Aik takkan tak nak jawab salam kot,” Sengihan melebar.
Lelaki itu seakan tak mengerti sakit hati Tasnim kala ini.
“Apa kau peduli?” Sombong dan angkuh nadanya. Zikri senyum.
‘Gadis ini terlalu angkuh’ Hatinya berbisik.
“Jangan terlalu angkuh wahai cik tunang. Takut kamu sendiri
menyesal dengan kata-katamu kelak,”
Kata-kata itu benar-benar mengganggu
emosinya. Dia sebenarnya dipaksa membeli barangan untuk dijadikan hantaran
semasa hari pernikahan nanti. Tak sangka pula tunangnya turut hadir.
Betul-betul ganggu emosi. Dia diam. Malas bertekak. Segera dilajukan langkah.
Tergesa-gesa Zikri mengejar langkah gadis itu. Cinta takkan hadir tanpa kita
sendiri yang membenarkan ia melalui pintu hati kita. Zikri masih menanam
angan-angan bahawa mereka akan disatukan atas nama cinta.
Hampir semua kedai Tasnim dan Zikri lewati. Namun tiada yang
berjaya dibeli. Sengaja dia membuli zikri. Biar Zikri menyesal menerima dia
sebagai tunang. Kata-kata abahnya seperti Hitler. Tiada pilihan kecuali terima.
Hati Tasnim membengkak. Dia geram. Lalu amarahnya dicurahkan kepada lelaki
malang yang rela menjadi tunangnya biarpun mereka tak pernah mengenali antara
satu sama lain. Bahkan rasa cinta masih belum ada. Tasnim tersenyum. Idea jahatnya
muncul.
“Aduh!”
“Kaki aku ni…” Zikri melihat kaki gadis itu. Dia mula risau.
Segera dia meminta izin untuk pergi membeli minyak. Lariannya tangkas. Hampir
saja hati Tasnim cair dengan sikap tunangnya. Dia bangun dan segera menyorok.
Dia sebenarnya mahu melarikan diri. Tapi entah mengapa. Kaki terhenti di situ.
Mungkin ini melihat ketulusan hati lelaki bernama Zikri. Diam dia tak berkutik.
“Tasnim…Tasnim…Anim mana Anim ni,” Lelaki itu menunduk
kecewa. Tak sangka dia berjaya diperbodohkan oleh insan bernama Tasnim. Jauh di
sana Tasnim mengalirkan air mata. Ada sesuatu yang menyelinap dalam
sanubarinya. Segera dia menuju ke kereta. Sepanjang perjalanan tangisan
menemani. Dia teringat suatu peristiwa yang tak mungkin dia lupa.
Xxxxx
Suasana tegang. Semua menantikan kehadiran Tasnim. Zikri
menyesal pula kerana telah mengkantoikan tunangannya. Memang bukan niatnya.
Cuma dia berasa risau. Lantas dicarinya ke rumah keluarga Tasnim. Namun, apa
yang berlaku adalah sebaliknya. Tasnim tak pulang-pulang. Marzuki mengamuk
sakan. Dia tahu Tasnim yang mengenakan Zikri. Zikri puas memujuk namun gagal.
“Dahlah abahnya. Nak maghrib dah ni. Jom kita solat dulu,”
Mariam memujuk perlahan. Zikri mengiyakan kata-kata bakal mak mertuanya.
“Jom bah. Kita sedia untuk solat,” Marzuki mengangguk lemah.
Hatinya masih membara. Malu dia dengan bakal menantunya. Apalah dosanya
mendapat anak degil seperti Tasnim. Dia tahu Tasnim protes. Tasnim memang
begitu sejak kecil. Dia faham sangat. Timbul pula rasa menyesal membuat
keputusan perkahwinan bagi pihak anaknya.
Solat berjemaah diimamkan oleh bakal menantu. Benarlah orang
kata nak pikat anak kenalah pikat keluarganya dulu. Suara lunak mengalunkan
kalimah suci didengar penuh khusyuk. Tasnim sedar dia dah terlewat. Maghrib pun
belum dilaksanakan. Tapi dia masih berdiri di luar. Terpaku dengan suara lelaki
itu. Diintai dari luar siapakah gerangannya. Namun, gagal. Dia melangkah laju
menaiki tangga.
“Tasnim!” Suara mak.
“Ya, mak. Tasnim nak naik mandi dan solat dulu,”
Terus emaknya kehilangan kata-kata. Abah memandang sepi. Tasnim
kaget lantas meneruskan perjalanan.
Xxxxx
Zikri beransur pulang. Dia tahu Tasnim telah selamat. Lega hatinya.
Dia tahu dia harus banyak bersabar demi menjaga amanah yang bakal dipikul.
“Tasnim!” ujar Marzuki tegas. Tasnim bersedia walau apapun
kata-kata yang akan terpacul dari mulut abahnya.
“Ya bah,”
“Kamu tahu kamu dah buat apa?”
“Tahu bah. Anim minta maaf,”
“Baguslah tahu. Abah nak tanya kamu betul-betul. Kamu benci
sangat ke dengan budak Zikri tu?” Berdesup kata-kata itu memanah ke jantungnya.
‘Bencikah aku?’ monolog sendiri.
“Jawab soalan abah Anim!”
“Tak benci bah,” Air mata mula bergenang. Dia takut
sebenarnya.
“Dah tu? Kenapa kamu buat macam ni? Sengaja malukan abah dan
mak ye?” Marzuki mendengus kasar.
“Tak. Tak! Anim tak niatpun. Orang cuma tak suka dia. Tak kenal
tapi tiba-tiba jadi tunang,” Diluahkan juga.
“Tak kenal kamu kata? Kamu tak kenal Ayie? Ayie yang kamu
rindu tiap malam tu? Ayie yang suka ajak kamu mandi sungai tu?” Tasnim terpana.
“Abah jangan tipu oranglah,”
“Tipu apanya. Kan Anim ada kata kat mak yang Anim nak kahwin
dengan Zikri sorang. Lupa dah ke?” Mak mencelah.
“Tipulah. Ayie dulu kurus kering je. Zikri tu lain. Ini zikri
lain,” Tasnim separa jerit.
“Ikut kamulah Tasnim. Abah dengan mak dah cuba ikut kemahuan
kamu. Berhari-hari kamu nangis masa kita pindah rumah dulu. Anim tak suka dia
dah? Kalau macam tu esok abah cakap dengan budak Ayie tu. Putuskan pertunangan
ni,” Abah beri kata putus. Tasnim terduduk. Kepalanya bercelaru. Macam-macam
terlintas di otaknya. Peristiwa lama kembali lagi.
Xxxxx
“Ayie tunggu!” Tasnim berlari mendapatkannya.
“Ala Anim ni. Kenapa nak ikut Ayie?”
“Anim nak mandi sungai jugak. Ayie kan dah janji,” Mulutnya
muncung.
“Bila masa pulak? Ala Ayie nak mandi dengan Syed, Soleh
dengan Zamir. Anim kan budak-budak lagi,”
“Ala Ayie nak ikut. Anim mandi tepi-tepi je okey?” Dipujuk
juga.
“Abah Anim tahu tak ni?” Tasnim segera angguk. Padahal
abahnya tak tahu menahu. Perempuan lembut seperti Tasnim memang suka berkepit
dengan Ayie. Baginya Ayie adalah kawan terbaik.
“Okey, Ayie bawak. Tapi ingat jangan ikut kitorang pergi
tempat dalam,” Keduanya berjalan ke arah sungai. Kelihatan kawan-kawan Ayie
sudah bermandi manda. Tasnim cemburu. Dia tak mahu Ayie bermain sama.
“Ayie jomlah teman Anim mandi kat sini,” Seakan merengek. Ayie
mendengus geram.
“Tasnim kan dah janji tadi. Ayie main dengan diorang. Anim duduk
sini je okey. Janji?” Belum sempat Tasnim menjawab Ayie sudahpun melompat
ala-ala penerjun negara. Seronok mereka bermain air. Tasnim cemburu. Dia juga
mahu.
“Ayieeeee!!!!” Suara Tasnim kedengaran. Dia hanyut. Selepas itu
dia tak sedar. Tasnim sedar apabila berada di rumah. Puas Ayie dimarahi
abahnya.
Xxxxx
Hari ini dalam sejarah. Sedar tak sedar hari pernikahannya
berlangsung juga. Tasnim sedar abah dan emaknya buat semata-mata kerana dia. Dia
tahu dia suka Zikri. Cuma semuanya terlalu mendadak. Dia tak sangka Zikri dan
Ayie orang yang sama. Dia jatuh cinta buat kali kedua setelah mendengar alunan
suara Zikri malam itu.
“SAH!” Lamunannya terhenti. Akhirnya dia bergelar isteri
kepada Zikri. Ayie yang dirindui selama 10 tahun lamanya.
“Salamlah apa tunggu lagi,”
Suara-suara nakal buat Tasnim
lagi berdebar. Tangan kasar dihulur. Tasnim menyambut perlahan. Kuasa elektrik
terasa padu. Saat dia mencium tangan suaminya, dia dapat rasakan debaran yang
kencang. Barulah dia tahu, cintanya tak pernah terpadam. Walaupun orang anggap
itu hanyalah cinta monyet.
“Assalamualaikum isteri abang,” Kata-kata itu memanah jiwa. Bisikan
itu disertai dengan ciuman kudus di dahi. Tasnim yakin hanya dia seorang yang mendengar
bisikan itu.
“Marilah bergambar. Apa tunggu lagi,” Suara sumbang lagi. Tasnim melirik kepada suaminya.
“Anim, dengan lafaz bismillah, abang dah pinang Tasnim. Sejak
dulu lagi,” Bisikan demi bisikan didengar membuatkan Tasnim terharu.
“Serius? Bila?” Teruja.
“Masa Anim pergi tinggalkan Ayie satu tika dulu. Ayie dah
bersumpah yang bila dah besar Ayie terus nak pinang Anim,”
Meleret senyuman Tasnim dan Zikri. Rahsia mereka berdua. Tasnim
tak sangka suaminya juga mempunyai rasa yang sama sejak dulu lagi.
“Dengan lafaz bismillah juga, Anim terima pinangan abang.
Terima kasih abang!” Tasnim menjengket lalu dibisikkan ke telinga suaminya. Bahagia
milik mereka. Cinta monyet bukanlah cinta mainan semata. Ada juga cinta membawa
ke tua. Cinta yang berlandaskan hukum syariah paling utama. Cinta yang disemai
dengan nama bismillah insyaallah kekal ke syurga.
Tamat!
Nota Iffah: Nong Andy, aku berjaya karang. Agak geli kan
cerita kali ni? Haha idea berdasarkan lagu Ku Pinang Kau Dengan Bismillah.
Seronok buat cerpen kalau ada geng. Jemput baca karya Nong Andy di SINI. Macam cerpen SAHABAT tu. Ada 3 versi lagi. Karya Nadh, Karya Sunah dan Karya aku. Jemput baca ya semua=)
Ps: Dia mula menulis juga.
24 comments:
Cinta monyet..? huhuhu
trjadi juga prtemuan semula cinta monyet dan di akhiri dlm sebuah prkwinan.. sgt la sweet kn ;)
*berangan jap :D
Aku suka.... hehe!
Aku suka cinta yg dari zaman bebudak lagi.. best, sweet.. :)
mana ada geli hehe.. sweet je!
cerpen sahabat tu, nanti sy jengguk pula yg ada kat blog Sunah :)
sweet.. cinta zaman budak3...
ah.. kau buat aku berangan lagi.. hehehe.=)
cinta monyet saya tak jadi..nak cari cinta sejati pulak...hehe..touching bila baca..untung kalau ada lelaki macam tu...
so sweet..mm,sape nk pnangku dgn bismilah..(berangan kejap)..pasti betul2 indah momen itu.. :)
Alhamdullilah jika kau jodoh ku :)
bestnye cite nie.. rase cam nk kawen plak..
erkk..ade sape2 nk pinang sy x??hikhik :p
Blog Efa Nur :)
syg...sweet sgt...ni buat berkobar nk smbg novel nie...hehehe
Lama x buat karya cinta . Jeles ng jiran
comelnye cerita!
i like
dill.
nice....lain dari selalu..ekeke
ZZZzZzz...tak sedih pon..HAHAHAA..#okbai
weeeeeeeeeeeeeeeee ^____^
eheh. sweet2 :D
memang berbakat nie..........
eh yu.. tajuk ni macam penah dengar je..
hurmm..
best la..
beruntung anim.. kecik2 dah dipinang orang. hahaha.. boleh pulak. adehh..
Hihi, boleh pulak dia tak kenal zikri tu time dah besar. Hee, dorang tak contact lansung ke?? Cewah, Eza pulak dah lebih2..
Eza suka crita ni. Best!! :)Cinta monyet jadi cinta sampai ke syurga.
comel sgt... slalu yg kita benci tue la sebenarnye kita suka dlm diam
waaaa~~ nice la dak busuk!! heee
sweet la wehhhh fokus ni baca karya iffah yg petama, ok nk try baca yg lain tp tgh sakit pewuttttt~~ toilettt~~;p
nice entri dear!!
Assalamualaikum Iffah,
The sweetest moment...
huhu pandailah kamu mnulis..
akoo tegah usaha mgarang gak..tapi aritu tsangkut.sampai skarang tak sambung2..hee
aku meminang kau dengan bismillah.
bismillahirahmanirahim, sudikah kau menerima pinangan ku?
-dia-
Post a Comment