ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Seperti yang semua tahu keluaran
IPG PISMP JANUARI 2008 sudah dapat penempatan ke sekolah yang ada di Malaysia.
Tahniah buat yang berjaya mendapatkan tempat yang mereka sendiri pilih. Ada
juga yang sangat kecewa kerana pemilihan mereka ke tempat yang diingini tak
ditunaikan.
La tahzan buat mereka. Aku juga merasai kekecewaan itu. Tapi kita kena ingat, kita hanya
merancang. Yang menentukan hanyalah Allah yang Esa. Jadi sesiapa yang sedih
kerana posting ke Sabah dan Sarawak harus berfikir tentang 3 perkara ni;
1. Pengalaman;
Pengalaman
mengajar di kawasan orang. Memang aku akui aku takut jika diposting ke sana.
Tapi kalau dah takdirnya begitu. Aku redha. Lagipun pengalaman itu amat berharga. Siapa yang dapat merasai
pasti merindui pengalaman serta kepayahan berada di kawasan pedalaman
khususnya. Pengalaman itulah akan kita bawa hingga ke akhirnya.
2. Jasa;
Besar
jasa seorang guru bila ke sana. Ramai anak-anak bangsa yang memerlukan kita
yang terlatih untuk menabur ilmu di sana. Kadang rasa sedih melihat video
berkenaan mereka di pedalaman. Sebab mereka sangat memerlukan guru. Bukan
sekadar mengajar malah mendidik. Kalau kita menolak, siapa lagi yang nak ke
sana dan berjasa kepada yang memerlukan?
3. Syukur;
Kenapa
kena bersyukur? Sebab masih ramai mahasiswa yang menanti ditempatkan ke
sekolah-sekolah di Malaysia. Masih ramai yang menganggur kerana tak dapat
pekerjaan yang diingini. Ramai juga yang mencari kerja di sekolah-sekolah
swasta bagi menampung kehidupan harian sementara tiada tempat di sekolah.
Kesimpulannya,
sama-sama muhasabah diri. Aku pun perlu berfikir dalam pelbagai hal. Kalau aku kahwin sekarang siapa nak jadi suami aku? Takkanlah sebab kerja nak kahwin dengan sembarangan orang ye tak? Aku tak terdesak manapun. Cuma rasa takut yang menebal!
Jangan asyik memikirkan hal negatif. Fikirkan juga tentang positif. Jadi terimalah takdir seadanya. Kalau benar kita menjadi guru untuk berbakti, maka berbaktilah tanpa syarat. Sekian.
Jangan asyik memikirkan hal negatif. Fikirkan juga tentang positif. Jadi terimalah takdir seadanya. Kalau benar kita menjadi guru untuk berbakti, maka berbaktilah tanpa syarat. Sekian.
Ps: Dia tak tahu pasal ni.
19 comments:
Tahniah..saya masih menunggu..
emmmmm
dapat merasakan yg down semlm tu dh up skit rini
heee
betol tu kak ngah
sebab Tuhan sedia tahu yg terbaik buat kita
kalau sudah mmg takdir mmbawa kita ke sana, apa slhnye kita mncuba melalui takdir kita sendiri kan :))
yg syukur tu betullah tu...wuuuu
always think positive..=)
alhamdulillah.. semangat keguruan ini lah yang kita harap2kan... Buang ke hutan menjadi bukit, buang ke laut menjadi pulau... selamat bertugas dengan penuh semangat cikgu2 baru (",)
kahwin?
jangan risau.
semoga Allah mempermudahkan segalanya
hehe
kalau sy yg dpt.melompat2 dh kot. mu kazen dpt sarawakk.. x tng ati die ee
btol tu pah..aq dh bpe bulan lekat kt rmh,xde keje...
eklekekekeek..
dh ada keje tu,ambik jela..lagipun oke ape dok kt sna,elaun pn byk..
jaoh dri kesibukan bndar..
memang susah nak dapat tukar kan. tahniah buat mereka yang berjaya..
btl tu...kena terima dgn redha. kat mana2 pun ditempatkan, smua dah ditakdirkan dan pasti ada hikmah.
betul..kena syukur dgn semuanya...
betul, heee. Eza pun duduk kat tempat pedalaman sarawak. Banyak cikgu Eza masa sekolah menengah dulu dapat menyesuaikan diri dengan keadaan :).
ehehhe.. tu la kalo nak kawen sapa nak jadi suami kita ye dok.. hehehe..
graduan PISMP Jan 2008?? maksudnya intake 2008 ke atau mcm mana?? kalo masuk 2008 kan baru 4 tahun bukan IPG 5 tahun setengah ke??
sepupu sy pon mengajar di sarawak.. syukur dgn ape yg kite dapat kan.. =)
assalamualaikum iffah....itulah tugas seorang guru walaupun jauh pasti tetap diikuti jua....mulianya tugas guru itu sanggup mengharungi semua kepayahan dan kesusahan di sekolah luar bandar yg serba kekurangan...
p/s jasa guru amat murni..:)
Alhamdulillah dapat posting kat sabah n sarawk tu..pengalaman tak boleh dijual beli walau nampak macam perit, namun kadang kala ia buruk kabar dari rupa yang indah.. Biasalah perasaan.. belum cuba belum tahu.. hehe. semoga yang terbaik buat kamu.. :)
Mencuba sesuatu yang baru.. di tempat baru.. dengan segala-galanya penuh sangsi.. memang buat diri rasa gementar serta takut. tapi kata pepatah org tua.. kalau tak di pecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya..
btol2..:)
akk pon pasrah kalo dpt tempat lain aritu..
tp rezeki msh di sini..alhamdulillah..
klu iffah kawen sblm kene posting dh sebijik mcm cita cerpen iffah tue...hihihihih
Post a Comment