CORETAN TERBARU NADH

Manusia kadang kala memerlukan contoh

Selalu kalau nak buat sesuatu pasti ada antara kita tidak pasti sama ada jalan yang dipilih betul atau tidak. Kadang semasa permulaan pasti rasa blur sebab tak tahu mula dari mana.

Sebagai contoh, Shasha (bukan nama sebenar) mahu berubah menjadi wanita muslimah. Tapi dia tak tahu nak mula dari mana. Jika sebelum ni dia memang boleh dikatakan wanita moden, free hair, rambut selalu ditukar warna. Solat kadang ada kadang lupa.

Jadi dia tak tahu mana titik permulaan untuk berubah. Ya memang hidayah Allah beri. Tapi kalau tak ada contoh dan pembimbing tak mustahil dia tetap takkan berubah. Apa yang kita cakap memang mudah diluah tapi nak dibuat? Sukar sekali.

Manusia memerlukan contoh. Manusia sentiasa belajar melalui peniruan. Jadi tak hairan kalau makin ramai yang menjadi orang jahiliyah di zaman moden. Kita mungkin rasa kita kurang sesuai untuk dijadikan contoh. Tapi kita tetap boleh bantu manusia-manusia itu dari pelbagai segi yang lain. Kan?

Ps: Dia suruh aku kahwin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

14 comments:

akoo said...

jom kite jadi contoh muslimah yg baek =) dr segi pemakaian pon da bole jadi dakwah kat org lain kann..hee

*kawen la..haha

r-5 said...

btol tu ramai yang slah mengambil contoh untuk kehidupan mereka, contoh kecil artis? kenapa bukan saidatina fatimah, sadatina aisyah dan bukan nabi Muhammad yang sesempurna manusia. kerana mereka memandang nafsu. Manusia punyai jiwa dimana sejahat mana seorang insan itu pasti dia tidak lari dari kebaikan. Itu lumrah. Jika ada rakan yang ingin kembali ke pangkal jalan bimbinglah, beri sokongan dan pertemukan mereka dengan yang 'Alim . :)

r-5 said...

peh dah nak kawen? melepas~

Unknown said...

kita perasan entri ini xde ASSALAMUALAIKUM..WBRT....ke kita ne je baru perasan..xbyk blogger yg buat seperti itu...

Sunah Sakura said...

sedangkan kita pun perlukan Rasulullah sebagai model...

KaK LimAh Si SupiR said...

kawen2 laa iffah..nt jgn lupe jmput kaklimah tau :P

Eera Shera said...

yg baik jadikan tauladan, buruk jadikan sempadan..

ps:kawin jgn lupa jemput..dkt je kan ;)

maszull said...

assalamualaikum iffah..jadi model pada yg nak berubah itu baikkan tapi jgn model tunjukkn sikap yg x elok plak...:)

aamalinaazman said...

beeeetoooll :D
opah jadikan kak ngah role model opah utk jadi penulis

hehe

boleh kan? :))

taw boleh sebab die dok gelak2 la tu..hahahahaa

Unknown said...

mencontohi perkara yang menuju ke jalan-Nya bukan yang menyesatkan. InsyaAllah :)

.........cP~ said...

Masalahnya, yang boleh dijadikan contoh kadang buat endah tak endah. Sampai timbul salah faham pada mereka yang beridentitikan muslimah.
p/s: Kahwin tu macam beli air kat kedai kot, boleh suruh-suruh.

Cik Pulau said...

pendorong tu perlu untuk membantu membawa kita ke arah lebih baik..huhuhu

Nong Andy said...

berkawanlah dengan org yg baik-baik soleh dan solehah.. :)

Kira Sakura said...

betol tue..

sape nk tau kan.. klu awalnye die menutup aurat sbb segan dgn kita yg menutup aurat nie... mane nk tau lama-lama die lagi hebat amalnya dari kita... dari terpaksa menjadi tanggungjawab..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers