CORETAN TERBARU NADH

Bila hati dah suka

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pernah tak korang rasa macam situasi ni. Situasi korang dah betul-betul suka dengan lelaki atau perempuan. Tapi korang tak kenal pun siapa dia. Nama dia dan lain-lain. Pernahkah korang terasa di awangan? Pernah tak korang rasa nak ekori dia ke mana dia pergi?

Kalau pernah memang sah anda jatuh suka. Suka dengan dia. Sejak pandangan pertama. Bagi aku situasi ni banyak berlaku. Macam cinta monyet jugak. Cuma orang kaitkan cinta monyet zaman persekolahan. Kita kan dah tua. Haha tua! Sentap ai. Jadi apakah cara yang mampu korang buat nak hindarkan rasa ni?

Rasa tu wujud tanpa dipaksa. Tiba-tiba kita suka tengok dia. Tiba-tiba kita suka nak tahu dia sedang buat apa. Padahal nama dia pun kita tak tahu. Hati-hati bila anda terjebak dalam kancah rasa berbaur ni. Bukan aku tak sokong tapi ada beberapa hal yang kita wajar elakkan. Lebih-lebih lagi kita tak tahu identiti seseorang itu.

Misalnya orang tu adalah lelaki orang. Kita suka sangat tengok muka dia. Suka pandang mata dia. Suka baca blog dia. Kalau kita tahu dia tengah lepak kat kedai itu, kita cepat-cepat kejar ke tempat tu. Kenapa? Kita nak skodeng dia. Bukan mengintai yang bukan-bukan. Cuma tengok dari jauh. Hati kita suka. Betul?

Tapi ingat tak yang dia lelaki kepunyaan orang lain. Wajarkah kita menyimpan rasa suka sebegitu? Suka sebagai kenalan. Itu okey. Kadang rasa dunia maya dah tak selamat. Kita seperti diekori setiap masa. Kalau popular apatah lagi. Jadi sesiapa yang ada rasa suka baik hentikan segera. Bimbang hati suka bertambah rasa. menjadi cinta.

Fikirkanlah. Kalau benar dia single silakan suka. Jika tak, fikirkan yang banyak lagi kumbang dan bunga di tempat lain. Jangan kita layankan rasa hati kelak binasa diri. Sekian.
Post by,
Miss Ran 


6 comments:

Atia_gadismelayu said...

betol3.. sokong 101%.. huhuhu..^_^

Cik Pulau said...

pernah je cik pulau sukakan someone..
means suka tengok la..
the way he smile.. the way he talked..
but just suka2... tak pernah terpikir sampai okey nak buat dia jd boypren la ke hape kan..
and..
and op coz la selidik dulu..if single,ok fine..
if tak single.. ok fine.. lama2 nt takdela suka, sb dah tau kita xptut wat cmtu.. kih3..

peacee!!! ^^,

Kicap Manis Media said...

ehem2..phewitt..


Hey Mat Rempit bogel, nyah kau dari sini!~

http://shairazisaidin.blogspot.com/2011/04/berbogel-ketika-merempit-apa-sudah-jadi.html

forever love said...

huhu.. setakat jadi stalker die da la.. hihi

Sunah Sakura said...

siapakah, siapakah..ngehehehe...

sebelum ni pernah ade satu kes tu..blogger girl ni stalk blogger lelaki ni..tapi masa tu ade je bini blogger lelaki tu sekali..cuma dia tak gi tegur, gi amek gambo kandid je..

Mira Amirudin said...

ya Allah...minta2 lah dijauhkan dari perasaan camni..
miss ran pun sama k. ;)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers